Anwar buat ‘pusingan U’, kecualikan oren, epel dalam perluasan SST

PERTIKAIAN pelbagai pihak berhubung peluasan barangan yang dikenakan SST belakangan ini mungkin memaksa Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx) membuat pusingan U pada tengah hari tadi.

Anwar Ibrahim (gambar di atas) yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata produk import seperti buah oren dan epel akan dikecualikan daripada peluasan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST).

Memetik sumber Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Tambun, Perak memberitahu bahawa perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

Menjelang tengah hari ini, di ruang komen laman rasmi Facebook Utusan Malaysia memperlihat pelbagai reaksi lanjut.

Pemilik akaun Firdaus Ridwan meninggalkan komen, “Aikk..sikit lagi mau Uturn ni..”

Muhd Ridzuan Wan pula berkata, “dh kne maki dan2 tu dia spin ubah... 😂😂😂”

“Baru dia tahu epal dan oren makanan orang miskin 🤣 otak mana otak,” tulis Sam Samuel.

Niezam Lieya pula berpendapat, “Pusing oii..pmx pakar pusingan.”

“Dia umum dulu lepas tu dia tarik balik baru nampak dia ada buat kerja saudara,” komen Irwan Wan.

Dalam banyak-banyak komen berbaur sindiran, bukan tak ada langsung komen yang memuji pengumuman Anwar pada hari ini.

Kita Rider meninggalkan komen, “Terima kaseh kepada Boss Besar Kerajaan Madani… Kami sangat menghargai..”

Nak tahu kenapa pentadbiran Anwar bersungguh sangat nak melaksanakan perluasan SST ke atas barangan ‘kegunaan kerap’ berbanding ‘kegunaan jarang’?

Baca posting terdahulu di sini.

Comments