04 September 2019

Umno, PAS gementar jika Anwar jadi PM8 sebelum PRU15, kata penyokong. Apa komen uolls?




Kadang-kadang cara politik akar umbi PKR macam anak murid silat di luar gelanggang.

Kalau bergaduh ataupun nak menggentarkan lawan, mesti petik nama tok guru silat dia power itu dan ini. 

Terlalu bergantung pada ketokohan tertentu secara peribadi.

Bagi saya yang sangat hormat pada kawan-kawan politik, cuba lah cerita polisi fiskal ekonomi apa yang nak dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim waktu jadi Perdana Menteri Ke-8 nanti.

Setidak-tidaknya rakyat marhaen termasuk penyokong UMNO dan PAS boleh terbuka jiwa menyokong Anwar atas sebab polisi calon Perdana Menteri Ke-8 itu adalah jauh lebih progresif berbanding polisi-polisi ekonomi NeoLiberal yang kembali dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang.

Nak jadi Perdana Menteri Ke-8, kalau boleh meraih sokongan dengan secara polisi kebendaan secara objektif untuk ditawarkan kepada rakyat teramai, buat apa payah-payah mencetuskan perasaan gementar itu dan ini. 

Tak berasa seperti hmmmm.


Sumber tangkap layar di sini

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus