PENULIS bersama-sama anak, Insyirah Solehah gelarannya. Di Pantai Bersih dekat Butterworth ini lah kami rajin lepak pada hujung minggu, sambil mengenang Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan.
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Ekonomi | Saya pernah tertonton satu klip video dokumentari mengenai tabiat satu puak di negara India yang berak di merata persisiran pantai kerana dalam logik kehidupan mereka tidak melihat jamban itu penting gamaknya.
Pantai tidak lagi boleh menjadi kawasan riadah bersama keluarga, kerana terlalu kotor dengan najis manusia.
Kalau kekotoran alam sebegini terjadi di Pantai Bersih dekat Butterworth, tentu malang bagi rakyat seperti Faqar yang selama ini membawa anak perempuan #InsyirahSolehah namanya ke sini.
Sebab itu, pentingnya jamban dan kemudahan-kemudahan lain untuk mengurus lambakan sisa dan sampah yang dijana oleh manusia.
Kalau perlu menyediakan tandas awam selesa di kawasan awam seperti pantai, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat konsesi tol terbabit perlulah menyediakan kemudahan berwajib, supaya tidak ada manusia berak di merata jalan atau koridor bangunan dll kerana tiada kemudahan tandas awam yang selesa.
Sebelum ini pun, sebenarnya telah saya jelaskan bahawa penjanaan sampah itu sendiri akan senantiasa meningkat di Seberang Perai kerana populasi penduduk di tanah besar negeri Pulau Pinang itu senantiasa bertambah dan berkembang.
Info lanjut, bacalah Kenapa Abang Mat Saman Kati tak paksa 1,000 ekor kambingnya jangan berak di kandang?
25 September lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr. Lim Guan Eng mengumumkan kerja-kerja mengutip sampah di kawasan kediaman pangsa yang didiami oleh isi keluarga berpendapatan rendah, akan dilaksanakan tiap-tiap hari, berbanding dua kali sehari sebelum ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu berkata pentadbirannya tidak kisah kos pengurusan sisa meningkat sekali ganda, asalkan penduduk di kawasan flat-flat sekitar Seberang Perai menikmati suasana gembira, bersih dan keselesaan.
Kegembiraan, kebersihan dan keselesaan ini memanglah bukan sesuatu yang boleh diukur secara fizik atau materialistik.
Tapi, tujuan perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sesebuah Kerajaan tidak dapat tidak mestilah mengambil kira kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek sosial selain ekonomi.
Sebuah kerajaan, termasuk Local Government tidak boleh sama sekali mengurangkan perbelanjaan untuk menguruskan sisa pepejal kerana penjanaan sampah tetap akan berlaku berdasarkan populasi penduduk yang kian bertambah.
Jika kerajaan mengurangkan perbelanjaan pengurusan sisa pepejal, lambakan sampah yang dijana di Pantai Bersih umpamanya, mungkin sama banyak dengan lambakan tahi di persisiran pantai dekat negara India yang saya sebutkan tadi.
Takkan kita nak membiarkan lambakan sampah, kotor dan busuk terjadi di Seberang Perai, atas alasan MPSP sasar mengurangkan perbelanjaan hangus ataupun demi memastikan ada lebihan kewangan tiap-tiap tahun?
Saya fikir akhirnya MPSP sendiri akan mendepani pelbagai cabaran berantai lain termasuk rungutan dan protes daripada pembayar cukai di Seberang Perai.
Kalau tanya kepada saya, patut Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu berbelanja lebih untuk memastikan semua kawasan rumah mampu milik (RMM) pelbagai kategori, kampung dan desa, ruang awan dll supaya lebih bersih dan selesa hatta rakyat boleh menikmati kegembiraan sebenar.
Jika pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kekangan kewangan, Kerajaan Negeri sendiri perlu membiayai kos yang di luar kemampuan kewangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ataupun Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Contohnya, Kerajaan Negeri melalui MPSP sebelum ini pun telah melaksanakan amalan berbelanja lebih ini, apabila mengambil alih 100 peratus kerja-kerja pembersihan, dengan 5,208 peluang pekerjaan baru ditawarkan kepada warganegara sahaja.
Impaknya, kos pengurusan PBT berkenaan meningkat 43 peratus.
Kos kerja-kerja pembersihan secara outsource kepada kontraktor swasta dahulu sejumlah RM40.09 juta, dan kini kos tahunan meningkat jadi RM69.36 juta.
Guan Eng dalam kenyataannya pada 9 Ogos 2016 mengumumkan Kerajaam Negeri menyalurkan RM20.59 juta kepada MPSP bagi meringankan beban kewangan PBT berkenaan.
Tentu ada yang bertanya, kenapa belanja MPSP ini turut ditanggung oleh Kerajaan Negeri?
Patut seperti MBPP, jika ada kekangan kewangan, kekalkan pengurusan sisa sampah secara outsource kepada kontraktor swasta?
Soalan ini, akan saya jawab dalam entri seterusnya.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment