30 September 2017

Perlunya DUN P.Pinang gubal enakmen cegah pengusiran paksa...

KOMRAD Karthik dari JERIT di Pejabat SUARAN Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 29 September 2017 menjelaskan, rakyat di 26 kampung asal berisiko diusir keluar dari rumah masing-masing, selagi tiada enakmen khusus membela peneroka bandar digubal oleh pemimpin Pakatan Harapan di DUN Pulau Pinang.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Politik | Bertempat di Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang pada malam tadi, telahpun diadakan perbincangan mengenai isu perumahan dan pengusiran paksa oleh tuan tanah persendirian dan pemaju swasta di negeri ini.

Pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan hadir, daripada Aliran, Serikat Mahasiswa Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) serta beberapa aktivis.

Sebanyak 11 dokumen perbentangan dibuat, termasuk deklarasi “Hentikan Pengusiran Paksa - Rumah Untuk Rakyat” oleh Sdr. Karthik (wakil JERIT - #lihatGambar) sempena sambutan Hari Habitat Sedunia yang akan diraikan pada 2 Oktober 2017 nanti.

Hasil diskusi itu, menimbulkan beberapa tanda tanya, seperti - Tahukah kita bahawa di Pulau Pinang tiada suatu enakmen yang membela kepentingan peneroka bandar daripada risiko pengusiran?

ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer sampai terpaksa membuat aduan polis untuk menghalang agensi persekutuan dari merobohkan unit-unit kediaman kuaters Kastam baru-baru ini, kerana tiada enakmen khusus membela penduduk yang diusir.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menegaskan tidak akan melulus sebarang pelan kebenaran merancang yang dimohon oleh tuan tanah/pemaju swasta pun kerana tiada enakmen khusus digubal di DUN untuk mempertahankan hak peneroka bandar yang diusir dari Kampung Mutiara dan Kampung Tok Subuh secara perundangan.

Rakyat, khususnya peneroka bandar dibela di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri hari ini pro peneroka bandar.

Bayangkan jika Kerajaan Negeri berpindah tangan kepada pembangkang Pulau Pinang yang zalim.

Jika ada enakmen berwajib untuk membela peneroka bandar, setidak-tidaknya undang-undang itu boleh digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk dan peneroka bandar yang lain daripada diusir daripada kampung halaman mereka masing-masing nanti.

Sebab itu, dalam sidang DUN Pulau Pinang akan datang, Kerajaan Negeri disyor membentangkan suatu rang undang-undang yang menjamin hak peneroka untuk mendapat ‘rumah ganti rumah’ atau sekurang-kurangnya pampasan setimpal daripada semua pihak berkepentingan. 

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus