30 September 2017

Apakah memorandum Dr. Nasir Hashim kepada Ketua Hakim Negara, pada tahun 2007?

NASIR Hashim.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Wacana Ekonomi | Ordinan Darurat dimansuhkan pada tahun 2011 setelah diasak oleh pelbagai pihak dan parti-parti oposisi.


Sebelum itu, penggunaan Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan-setinggan) Perlu, 1969, digunakan sewenang-wenangnya oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional untuk melaksanakan pengusiran paksa ke atas peneroka (urban pioneers) dari kampung halaman mereka terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.


Lazimnya Ordinan Darurat ini digunakan untuk mengusir rakyat dari tanah persendirian atau kerajaan, dengan pemberian notis tujuh hingga 14 hari kepada rakyat sebelum operasi perobohan rumah.


Lebih dari itu, peneroka bandar juga turut diugut supaya tidak merujuk kes pengusiran mereka di mahkamah.


Contohnya, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mokhtar Dahalan dalam kenyataannya pada 13 Mac 2007 mengugut tidak akan memberi sebarang pampasan jika peneroka bandar merujuk ke mahkamah. 


Ugutan serupa turut dilafazkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmood di Bangunan SUK Selangor, yang sekaligus meremehkan institusi mahkamah yang dirujuk oleh peneroka bandar.


Rakyat konsistan menuntut rejim melaksanakan program ‘Rumah Mampu Sewa’, bukan mengikut kemajuan pemaju swasta spekulatif memanipulasi aset dan tanah, dengan menjual rumah mewah demi menjana keuntungan berganda dengan dorongan bank.

Selain itu, Mahkamah sendiri seakan mengeluarkan perintah pergantungan pelaksanaan (stay) atau injunksi sementara (interim injunction).


Segala penganiayaan ke atas peneroka bandar ketika itu mendorong pada penubuhan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP), yang bernaung di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).


Menurut badan bukan kerajaan itu, ugutan-ugutan itu bukan sahaja menghina proses mahkamah; malah menyerlahkan tindakan Kerajaan seakan tidak menghormati Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa.


Prof Madya Dr Mohd. Hashim menegaskan Kerajaan telahpun menandatangi beberapa resolusi antarabangsa untuk kesejahteraan hidup serta hak perumahan rakyat, antaranya Deklarasi Habitat Agenda 1992 dah Resolusi Suruhanjaya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Perumahan 1993.


Tegasnya lagi, pengusiran dan perobohan paksa itu adalah bertentangan Kovenan Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (1966) Perkara 11(1); serta lapan kovenan antarabangsa lain.


Pada 4 April 2007, Dr Mohd. Hashim sendiri telahpun memanjangkan Memorandum kepada Ketua Hakim Negara, YAA Tun Datuk Seri Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim.


Menurutnya, lima tuntutan peneroka bandar kepada YAA Ketua Hakim Negara.


  1. Menilai kembali penggunaan istilah “setinggan” semasa melihat isu peneroka bandar;
  2. Tidak membenarkan penggunaan Ordinan Darurat - (Pembersihan Setinggan-setinggan) Perlu, 1969 dan undang-undang ini harus dimansuhkan;
  3. Meneliti aduan GPBP-JERIT mengenai pemberian interim injuction dan stay;
  4. Mengambil tindakan terhadap mana-mana institusi termasuk Kerajaan Negeri yang menghina proses mahkamah; dan 
  5. Meneliti Kovenan-Kovenan Antarabangsa yang Malaysia sudah memberi komitmen dalam isu berkaitan dengan peneroka bandar.


Memorandum Dr. Nasir Hashim ini telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara pada tahun 2007 lagi, sebelum Ordinan Darurat itu dimansuhkan pada 2011.


Walaupun sekarang ordinan itu tidak lagi digunakan, tetapi pengusiran paksa masih berlaku.


Seperti inisiatif Dr Nasir Hashim, Pakatan Harapan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor, perlu menggubal suatu enakmen untuk membela hak peneroka bandar seperti ‘rumah ganti rumah’ ataupun pampasan setimpal.


Ini kerana tanggungjawab Ahli Politik yang hakiki antaranya mengkaji dan mengubal undang-undang di DUN, asalkan menguntungkan rakyat.


Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus