PENULIS di Air Terjun Junjung, Kulim baru-baru ini.
Oleh: Zainulfaqar Yaacob#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Politik | "Kalau ada pemimpin yang 'kluk klek', tiada tempat dalam Harapan," kata Datuk Saifuddin Nasution dalam pidatonya malam tadi di pentas BERSATU dekat Kepala Batas.
Tiga kali Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanya "Setuju atau tidak Tuan-Tuan dan Puan-Puan?", hadirin yang hadir sambut "setuju".
Saifuddin sebenarnya mungkin menyindir Pan Malaysian Islamic Party yang 'kluk klek' bersama pentadbiran Azmin, dan pada masa yang sama dilihat mesra dengan rejim kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pun begitu, khalayak seakan lebih percaya sindirian sebegitu ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sindiran sebegitu kerana Azmin dianggap kembali kian mesra dengan Pan Malaysian Islamic Party.
Sindiran sebegitu kerana ada sekeping gambar Azmin 'ditemani' Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pergi menziarahi Presiden Pan Malaysian Islamic Party Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang khabarnya tidak sihat.
Nampaknya beberapa keping gambar yang ditularkan kemudian, mengenai jamuan teh dengan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu masih belum memadamkan kesangsian awam kepada peribadi Azmin.
Dan, sebab itu Saifuddin menghantar isyarat yang lebih jelas, "Kalau ada pemimpin yang 'kluk klek', tiada tempat dalam Harapan."
Memaksa Azmin masuk ke poket seluar Pakatan Harapan bukan mudah, kerana dia adalah Menteri Besar Selangor 'pintu belakang' sehingga PRU14.
Pun begitu, Saifuddin yang dianggap anti kartel sendiri perlu dipuji kerana sifat sabar dan persahabatannya dengan Azmin.
Saifuddin dalam mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini membawa nama Azmin untuk menjadi seorang lagi Timbalan Pengerusi dalam struktur Pakatan Harapan, tapi ditolak.
Saifuddin dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR sendiri kemudiannya berkata, "saya sendiri telah membawa nama timbalan presiden PKR untuk menjadi timbalan pengerusi Pakatan Harapan, tetapi di mana 'suara' pemimpin parti kita yang lain untuk mempertahankan cadangan saya ketika itu?"
Tidak seorang pun kartel Azmin bangkit bersuara, sama ada dalam mesyuarat Pakatan Harapan ataupun dalam mesyuarat PKR sendiri, ketika Saifuddin membuat ketegasannya itu.
Dlaam mesyuarat PKR, Azmin semacam merajuk apabila dikatakan melafazkan iltizam tidak akan menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan, atas dalih tiada jawapan tertinggi menyentuh soal maruah dia.
Kemudiannya, beberapa kartel Azmin dalam mesyuarat sama mensyorkan Dr. Wan Azizah sendiri secara peribadi mempengaruhi Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'meletakkan' Azmin di kedudukan timbalan pengerusi dalam pertubuhan koliasi parti tersebut.
Saifuddin dalam mesyuarat PKR membantah jika Dr Wan Azizah sekali lagi membawa nama Azmin dalam mesyuarat Pakatan Harapan, perlu ada pemimpin lain daripada parti yang membawa nama Azmin.
Apabila Datuk Saifuddin Abdullah membawa nama Azmin, dibangkang habis-habisan oleh pemimpin DAP dan Amanah.
Akhirnya, Tun Dr Mahathir sendiri melalui proses undian mengumumkan pelantikan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan.
Ini adalah 'rahsia umum'. Orang yang tiada kedudukan pentingkan dalam Amanah pun boleh menceritakannya.
Sebab itu, khalayak tidak membantai Dr. Wan Azizah yang berada dalam gambar bersama-sama Azmin ketika melawat Abdul Hadi.
Walaupun kartel cuba menggambarkan kononnya Dr. Wan Azizah sudah 'dicucuk hidung' mengekor Azmin, khalayak lebih percaya bahawa Azmin sendiri semakin sedar kedudukannya di Selangor dan dalam Pakatan Harapan begitu bergantung kepada kewibawaan Presiden PKR berkenaan.
Sebab itu, DAP, AMANAH dan mungkin 'kartel' anti Azmin dalam PKR sendiri perlu bertindak lebih progresif, dengan menamakan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.
DAP boleh menamakan Prof Dr Aziz Bari. Amanah boleh menamakan YB Shaari Sungib atau Ir Izham Hashim sendiri.
PKR juga boleh menamakan lebih ramai lagi calon yang berwibawa, kalau saya boleh menyebut, antaranya Dr. Fahmi Ngah, iaitu Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri 'Kluk Klek' Selangor pada hari ini.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih mesra dipanggil BERSATU pun boleh mencadangkan calon Menteri Besar Selangor, asalkan tidak 'kluk klek' sebagaimana dimaksudkan oleh Saifuddin dalam ceramah malam tadi.
Setuju?
No comments:
Post a Comment