JANGAN PERCAYA DAKYAH KONONNYA PELABUR AKAN MENINGGALKAN MALAYSIA JIKA CUKAI KORPORAT MEMBABITKAN 10% ORANG TERKAYA DINAIKKAN SEHINGGA 49%...
Wacana Ekonomi | Tengah saya senam kardio di Padang Kota Lama selepas Subuh tadi, otak saya masih berpusing mengenai politik ekonomi yang saya wacana menerusi telefon tengah malam tadi.
Pernahkah kita terfikir mengapa sesetengah peniaga dan pemodal sanggup menyewa lot kedai di atas KLCC setinggi RM50,000 sebulan, walhal luas lantai sama boleh disewa di Pekan Bukit Mertajam dengan harga mungkin kurang RM5,000 sebulan?
Salah satu sebabnya adalah kuasa membeli di KLCC adalah berlipat kali ganda berbanding dekat Pekan Bukit Mertajam yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Bangla Nepal'.
Andaikan Zainulfaqar Yaacob adalah orang ke-100 paling kaya selepas Syed Mokhtar Al-Bukhary di Malaysia (baca: jangan percaya dakyah kononnya Al-Bukhary ke-10 paling kaya), tentulah Zainulfaqar mempunyai kemampuan daripada segi modal untuk membuka perniagaan komersial di atas KLCC.
Kalau di atas KLCC pun Zainulfaqar mampu sewa, apalah sangat lot kedai di Pekan Bukit Mertajam.
Persoalannya, mengapa Zainulfaqar tidak menyewa di 'Serambi Bangla Nepal' itu?
Jawapannya sama, kuasa membeli di Pekan Bukit Mertajam adalah lebih rendah, yang sudah tentu tidak boleh menjana hasil jualan kasar berlipat kali ganda berbanding perniagaan di atas KLCC.
Fahamnya di, Zainulfaqar tidak kisah pun dengan kekangan kewangan untuk terus menyewa di KLCC selagi kuasa membeli di pusat komersial di sana adalah tertinggi.
Kalau selepas ini ada pusat komersial lain, mungkin di Bandar Baru Sungai Buloh dikenalpasti ada kuasa membeli yang lebih tinggi, Zainulfaqar akan berpindah dari KLCC walaupun kadar sewaan lot komersial adalah RM60,000.
Kalau kekangan kewangan pun bukan halangan utama, adakah Zainulfaqar yang kaya raya itu peduli dengan kekangan undang-undang seperti pelaksanaan cukai korporat atau cukai pendapatan sehingga 49% ke atas dirinya yang berjaya mengaut untung pelaburan (ROI) RM10 juta setahun?
Ini contoh logik orang ke-100 paling kaya di Malaysia. Zainulfaqar adalah tergolong dalam 10% rakyat paling kaya di tanah air ini.
Orang kaya seperti Zainulfaqar tidak peduli kekangan kewangan hatta kekangan perundangan di tanah air ini, selagi Malaysia adalah antara destinasi terbaik yang mempunyai kuasa membeli yang kompetitif.
Kalau kenaan GST 6% pun, Zainulfaqar akan tetap berniaga di KLCC.
Orang ke-100 paling kaya di Malaysia tidak akan memindahkan semua pelaburannya ke Indonesia yang tiada GST, jika kuasa membeli di negara jiran itu lebih rendah.
Zainulfaqar sebenarnya sanggup membayar 49% cukai pendapatan dan cukai korporat di negara ini, atas sebab yang sama - iaitu, kuasa membeli di Malaysia lebih baik daripada Indonesia umpamanya.
Kalau beliau ke Eropah membuka perniagaan sekalipun, bukan lah sebab di negara itu tidak ada GST.
Tapi beliau sanggup ke Eropah dengan modal pelaburan yang lebih besar di tengah-tengah Kota London yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi berbanding Malaysia, walaupun di sana telahpun melaksanakan 49 peratus cukai atas pendapatan.
Sebenarnya Oposisi di Malaysia telahpun ada logik mudah bahawa GST membebankan 90% rakyat terbanyak dan 10% orang paling kaya negara seperti Zainulfaqar.
Cuma mereka masih terkepung dengan dakyah metafizik dan reaksionari beberapa pemimpin oposisi yang pro kapitalis spekulatif dan ekonomis konservatif.
Kalau mereka ada logik yang lebih progresif - contohnya pro kepada kapitalis produktif dan 'industrialization capitalism' seperti Zainulfaqar- mereka akan melihat bagaimana kenaikan cukai sehingga 49% ke atas 10% orang terkaya ini dinamik untuk ekonomi Malaysia.
Ini kerana falsafah kenaan cukai bukan sekadar menjana hasil pendapatan kepada negara.
Falsafah cukai yang utama adalah mengimbangi jurang sosial antara 90% orang kebanyakan dan 10% orang terkaya negara seperti Zainulfaqar.
Kerajaan Persekutuan telahpun melaksanakan kenaan cukai pendakatan ke atas mereka yang mempunyai lebihan pendapatan, paling tinggi sehingga 28% cukai.
Cuma oposisi mungkin tidak tahu - apakah falsafah cukai sebenarnya? - sehingga mereka hanya berani menghapuskan GST sahaja jika rejim kleptokrasi tumbang.
Politik kepartian tanpa dasar ekonomi manusiawi adalah sia-sia untuk rakyat terbanyak pada PRU14 nanti.
Setuju?
No comments:
Post a Comment