11 August 2017

Kenapa Abang Mat Saman Kati tak paksa 1,000 ekor kambingnya jangan berak di kandang?

INi Abang Mat Saman Kati. Contengan ideanya mengenai Dialektikal Historikal Materialisme di Facebook begitu seksi dan cool, walaupun cerita bab sabun susu kambing. Jom belajar di Facebook beliau!


 Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Diskusi Politik | Kambing berak setiap hari secara semulajadi, maka, tahi kambing akan bertambah kalau habitat itu bertambah dalam kandang. 

Tak percaya, tanya lah ke Abang Mat Saman Kati.

Tahi kambing itu memang boleh dikitar semula menjadi baja dll (jika boleh).

Tapi, penjanaan tahi kambing tetap akan berlaku kerana kambing wajib berak apabila sampai waktunya.

Ertinya, penjanaan tahi kambing akan tetap berlaku serta kian bertambah, sejajar dengan pertambahan bilangan kambing.

Abang Mat Saman Kati mungkin akan menggunakan kudratnya sendiri untuk mengurus lambakan tahi 10 kambing di kandangnya.

Tapi, kalau kambingnya bertambah ke angka 1,000, Abang Mat Saman Kati mungkin perlu tenaga buruh dan jentera untuk memudahkan pengurusan di kandangnya itu.

Tentu sekali kos operasi akan meningkat, kerana kos upah buruh dan kos kejenteraan wujud di kandang Abang Mat Saman Kati.

Kalau Abang Mat Saman Kati mahu mengurangkan kos-kos operasinya itu, beliau tidak boleh memaksa 1,000 kambing itu tidak berak dan banyak kentut 'pelan-pelan' sahaja, biar beratan najis yang dijana sama seperti berak 10 ekor kambing. 

Tidak dapat tidak Abang Mat Saman Kati wajib berbelanja lebih untuk kerja-kerja pembersihan di kandangnya itu kerana tiap-tiap 1,000 kambing tadi berak dan menjana sisa harian.

Abang Mat Saman Kati mungkin boleh mendapat duit hasil dengan menjual baja (jika tahi kambing boleh buat baca), tetapi beliau tetap perlu berbelanja lebih untuk kerja-kerja pembersihan.

Seperti kambing, manusia juga berak. Bukan setakat berak, manusia tetap menjaja sisa yang lain.

Jika kita faham Dialektikal Historikal Materialisme ini, kita akan faham kenapa sesebuah Kerajaan yang mengutip cukai wajib berbelanja lebih untuk kerja-kerja pembersihan?

Lain tak bukan, adalah kerana sampah sarap akan tetap dijana, disebabkan saiz industri dan populasi penduduk di satu-satu kawasan yang maju akan terus berkembang pesat.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus