SETIAKAWAN yang menyala dalam tubuh gagah Sdr. Anwar Ibrahim mendorong pemimpin pembangkang itu boleh memegang semua tangan walaupun berbeza pendapat dengannya.
#DEKPOS | Diskusi Politik Ekonomi Sosial
Wacana Politik | Sdr. Anwar Ibrahim unik orangnya. Boleh memimpin dan memegang lebih satu tangan walaupun mempunyai pendapat berbeza dengannya.
Anwar bukan sahaja boleh membawa Pan Malaysian Islamic Party dengan politik Hudud ke meja rundingan, bersama-sama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan politik keperlembagaan.
Malah, semua pihak boleh bersetuju dengan konsesusnya yang unik suatu kita dahulu.
Ambil contoh, "Kita bersetuju untuk tidak bersetuju..." adalah neratif politik yang unik, tapi pemimpin Pan Malaysian Islamic Party, DAP dan PKR sendiri boleh bersetuju dengan ijtihad Anwar suatu ketika dahulu.
Bukan sahaja dalam isu Hudud, dalam isu kalimah Allah pun begitu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang begitu regid boleh bersetuju dengan neratif Anwar - "kita bersetuju untuk tidak bersetuju."
Apabila timbul cerita pemimpin Pan Malaysian Islamic Party mengaku akan bertanding di Gombak dan sudah pastinya akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden PKR di kerusi parlimen tersebut.
Tapi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih menyandang kerusi parlimen itu pula mengaku bahawa rundingannya dengan pihak Pan Malaysian Islamic Party atas mandat kepemimpinan PKR sendiri.
Dalih Azmin lagi, rundingan PKR dan Pan Malaysian Islamic Party dalam konteks Selangor demi mengelak situasi pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 nanti.
Pun begitu, seorang anggota Majlis Syura Ulamak Pan Malaysian Islamic Party sendiri mengaku tidak pernah ada pun rundingan dengan Azmin dalam konteks Selangor.
Seloroh pemimpin agama berkenaan, Azmin elok sertai Pan Malaysian Islamic Party dahulu, baru lah boleh diadakan rundingan politik lanjut - 'satu lawan satu' menentang rejim UMNO BN.
Tidak kisah lah sama ada Azmin berbohong atau kenyataanya itu adalah muslihat politik.
Politik adalah strategi dan muslihat, dan kalau Azmin berbohong secara terbuka kepada akar umbi PKR sendiri pun, niatnya adalah murni demi parti.
Pun begitu, kesabaran Azmin untuk menjadi seperti Anwar, dengan berusaha dan terus berikhtiar bagi memulihkan muafakat pembangkang khususnya di Selangor seakan tidak dihargai oleh Pan Malaysian Islamic Party.
Kesabaran Azmin bukan sahaja menerima asakan terbuka daripada Pan Malaysian Islamic Party di peringkat Pusat, negeri hatta di Parlimen Gombak sendiri.
Malah, Azmin yang baru dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan turut diasak daripada parti rakan yang lain, iaitu DAP dan satu lagi adalah Parti Amanah Negara (Amanah).
Dilaporkan hari ini, jurucakap Gerakan Aktivis Harapan (GAH) secara lantang mengkritik Azmin, dengan menyebut kerja buat seorang Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bukan lah pergi berunding dengan 'musuh' iaitu Pan Malaysian Islamic Party.
Dari dalam PKR sendiri, Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden parti turut mengasak diadakan Kongres, sebagai jalan keluar pada isu berbangkit ini.
Melihat tindak tanduk Azmin, padan lah ada akar umbi PKR sendiri kagum, kerana pemimpin masa depan parti berkenaan dilihat begitu sabar dengan karenah pucuk pimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, selain politik reaksionari daripada Malaysian Islamic Party, Amanah, DAP dan mungkin selepas ini Parti Pribumi Bersatu Malaysian (PPBM aka Bersatu).
Kesabaran dan keteguhan jiwa politik Azmin ini mungkin kerana impiannya mahu menjadi seperti Anwar, yang dilihat mampu memimpin lebih satu tangan walaupun berbeza pendapat dengannya.
Anwar berwibawa, walaupun merengkok dalam penjara, setiakawannya masih mengikat erat teman-teman seperjuangan dalam Pakatan Harapan dan beberapa NGO mesra pembangkang sehingga kini.
Anwar boleh memegang semua tangan dengan konsesus "kita bersetuju untuk tidak bersetuju..." tapi Azmin dilihat sebaliknya.
Nama Azmin yang dibawa oleh Setiaushaa Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan atau sekarang-kurangnya Naib Pengerusi baru-baru ini, khabarnya dibangkang habis-habisan oleh anggota Mesyuarat Pakatan Harapan daripada DAP dan Amanah sendiri.
Azmin nampaknya seakan melalui belukar politik yang semak dan samun, seakan tiada wibawa seperti Anwar yang mampu memegang semua tangan walaupun berbeza pendapat dengannya.
Tidak kisah lah dipanggil akar umbi parti atau 'kartel', sebenarnya pasukan Azmin masih belum terlambat, kerana Timbalan Presiden PKR masih berkuasa sebagai Menteri Besar Selangor sehingga PRU14 ini.
Azmin adalah pemimpin masa depan Malaysia dan beliau wajib terus mengubah tabiatnya agar sewibawa Anwar untuk melayakkan diri menjadi perdana menteri.
Jika rejim kleptokrasi tumbang, mungkin Tun Dr. Mahathir Mohamed akan dinamakan sebagai perdana menteri ke-7 Malaysia.
Selepas perdana menteri 'interim' Pakatan Harapan itu, mungkin sampai giliran Anwar.
Jika Azmin tidak berubah, tak mustahil Nurul Izzah Anwar akan memintas.
Ini kerana, Dr Mahathir khabarnya sudah ada konsesus politik yang lebih jelas dengan Naib Presiden PKR berkenaan di London baru-baru ini, walaupun pasukan Azmin meremehkan keberadaan Izzah dalam persada politik negara sehingga kini.
Azmin tidak boleh lagi terperangkap dengan tabiat politik lama sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau adalah pemimpin masa depan Malaysia dan bukan lagi 'gatekeeper' seorang timbalan perdana menteri.
Tabiat Setiausaha Sulit memang sulit, begitu sentimental, kerat sesiapa yang anti Anwar ketika itu dan membina grup 'Anwarinas' merentasi parti dll.
Azmin perlu meletakkan dirinya lebih tinggi, seperti Anwar memposisikan dirinya.
Anwar boleh memegang semua tangan yang berbeza pendapat dengannya kerana keterbukaan dengan perbezaan.
Lagi satu, pendirian terdahulu Anwar jelas menentang rejim, setiakawannya dengan DAP dan Pan Malaysian Islamic Party menunjukkan kejelasan pendirian politiknya dulu.
Azmin tidak boleh terus memegang tangan Pan Malaysian Islamic Party pada hari ini, yang begitu jelas dilihat mesra dengan rejim kleptokrasi Najib.
Dengan memegang tangan Pan Malaysian Islamic Party pada hari ini, Azmin mungkin terlepas semua tangan lain dalam Pakatan Harapan esok.
Itu bahaya. Bahaya kerana membenarkan telahan politik saya, iaitu Azmin bukanlah Anwar yang boleh memegang semua tangan yang berbeza pendapat dengan pemimpin de facto oposisi itu.
Setuju?
No comments:
Post a Comment