30 July 2017

Kenapa anak muda tak 'cunggit' dengan tawaran politik ekonomi Jeremy Corbyn?

Jeremy Corbyn walaupun usianya muda, tapi disokong oleh muda-mudi di UK kerana idea serta dasar ekonomi yang ditawarkan cool, seksi dan bukan politik personaliti.

Jeremy Corbyn walaupun usianya tua, tapi disokong oleh muda-mudi di UK kerana idea serta dasar ekonomi yang ditawarkan cool, seksi dan bukan politik personaliti.



Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Jumlah pengundi muda berusia 18 hingga 24 tahun yang keluar mengundi Jeremy Corbyn pada pilihan raya umum 8 Jun 2017 dianggarkan 64%, peningkatan 16 peratus lagi berbanding 2015.

Rekod terbaru pemimpin Parti Buruh UK berkenaan adalah paling tinggi sejak 1992 kira-kira 67% pengundi muda antara umur 18-24 tahun, lapor portal berita atas talian Independent.co.uk pada 20 Jun lepas.

Jeremy Corbyn tidak perlu melempar mikrofon atau menjerit dalam forum "ayuh anak muda kita, kita tak perlu pilihan raya, kita perlu revolusi," untuk menggamit sokongan anak muda terbanyak di UK.

Tapi, memadai Jeremy Corbyn mengemukakan dasar serta polisi ekonomi yang begitu cool dan seksi pada pemikiran dan pertanyaan orang muda di negeri moden itu.

Menjawab tujahan serta kritikan orang muda, Jeremy Corbyn menjejaskan antara manifesto yang akan dilaksanakan adalah menyediakan 100,000 unit rumah (mampu sewa) untuk pasangan muda-mudi di UK.

Kalau begitulah jawapan Jeremy Corbyn, padan lah Jeremy dilihat cool dan seksi.

Jeremy Corbyn tidak perlu memberitahu - berapa kali masuk penjara, semacam ISA di Malaysia? Tapi, idea dan tawarannya tetap cool dan seksi.

Kalau idea seseksi Jeremy Corbyn ini ditawarkan dalam forum di Malaysia, jika saya lah pengkritiknya, saya tidak akan 'cunggit'.

Tawaran 100,000 unit rumah mampu sewa untuk pasangan muda-mudi adalah impian saya. Rugi jika saya menolak tawaran Jeremy Corbyn.

Idea Jeremy Corbyn ini saya akan sokong 100%, kerana idea ekonominya seksi dan cool.

UMNO tak cool sebab ideanya

Satu perkara lagi, saya tidak akan 'cunggit' meninggalkan forum itu kerana idea dan tawaran Jeremy Corbyn itu bijak, bukan politik sentimental serta terlalu personaliti pada sosok pemimpin tertentu sahaja.



Di Dewan Rakyat, Menteri serta Timbalan Menteri UMNO BN selalu sangat memberi jawapan yang tidak seksi dan tidak cool.

Contohnya, Ahli Parlimen pembangkang beramai-ramai meninggalkan Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 Kerajaan Persekutuan.

Portal berita Malaysiakini pada 22 Oktober 2016 melaporkan DAP: Pembangkang Keluar Dewan kerana kecaman PM

"Beliau menuduh pembangkang kerana sandiwara dan dakwaan palsu bahawa ekonomi berada dalam keadaan tenat, dan dia bertanya siapa pengkhianat.
"Sebelum itu, Najib telah menghentam anggota pembangkang di awal ucapannya.
"Menghina pembangkang kepada penonton televisyen hanya permainan beliau (semasa ucapan bajet).
"Kami membuat keputusan cukup setakat itu," kata Ahli Parlimen DAP bagi Kawasan Kluang, Liow Chin Tong dalam ucapannya pada 21 Oktober tahun lalu.

Apabila terbaca balik apa punca pembangkang cunggit meninggalkan dewan, baru saya faham sebabnya kerana Najib bukan membentangkan belanjawan negara, tapi lebih pada menyakitkan hati anggota pembangkang di Dewan Rakyat.

Apabila Najib mengumumkan pemberian peruntukan RM85 juta untuk PERMATA yang dikuasai oleh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor, saya semakin faham bahawa idea Menteri Kewangan I itu tidaklah cool dan seksi.

Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Amanah dalam dewan lagi menyakat plakad "Siapa MO1?", sebelum 'cunggit' keluar sebagai protes pada idea Najib yang tidak cool dan seksi itu.

'Harapan' Saya

GAMBAR di Penang Institute, menyertai Kolokium Pemikiran Demokrat Muslim Sdr. Anwar Ibrahim, yang bagi penulis adalah seorang pemimpin Harapan paling berwibawa untuk dicalonkan sebagai perdana menteri kerana idea ekonominya yang seksi dan cool. 


Saya yang berfahaman sosial demokrat dan kadang-kadang cenderung juga kepada konservatif dalam sudut pandang ekonomi, tentulah saya mahu Pakatan Harapan mengemukakan idea serta dasar ekonomi yang lebih cool dan seksi, kalau boleh bak Jeremy Corbyn yang disokong anak muda terbanyak sebab ideanya.

Biarlah pemimpin Pakatan Harapan dikritik kerana iltizam politiknya telah nekad untuk menentang rejim kleptokrasi Datuk Seri Najib Razak sekalipun, kita tetap berdiri atas idea yang cool dan seksi seperti Jeremy Corbyn.



UMNO tak pernah cool dan seksi daripada sudut idea dan beberapa dasar ekonomi seperti GST dll.

Akhirnya, UMNO dan BN bukan lagi bergantung pada batang tubuh Najib Razak, malah Najib Razak sendiri terpaksa bergantung pada kuasa 'Cash is King' kerana parti-parti pemerintah seakan tiada lagi idea yang cool dan seksi.

Pembangkang, khususnya Harapan perlu tawarkan manifesto yang boleh membesarkan saiz ekonomi negara melalui hasrat membina lebih banyak projek perumahan rumah mampu sewa rendah, ataupun projek infrastruktur awam seperti MRT Kajang umpamanya.

Manifesto sebegini akan menambahkan bilangan pekerja sejajar dengan pertambahan populasi rakyat dan lambakan graduan universiti; meningkatkan kuasa membeli serta kuasa produktiviti rakyat; dan lebih penting akan mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) daripada sudut ekonomi dan sosial di tanah air ini.

Dengan adanya manifesto sebegini, mungkin Harapan akan dilihat lebih progresif dan bukan lagi bergantung pada susuk batang tubuh ahli politik tententu secara peribadi dan sentimen, kononnya 'kuasa rakyat' bagi menumbangkan rejim kleptokrasi Najib.

Ahli Parlimen Pembangkang acapkali 'cunggit' meninggalkan Dewan Rakyat sebab jawapan Menteri dan Timbalan Menteri yang langsung tidak cool dan seksi.

Semoga tiada lagi yang 'cunggit' di luar Dewan Rakyat, atas sebab idea pemimpin kita semacam idea Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak cool dan seksi tadi.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus