14 July 2017

Hutang korporat Singapura 257% berbanding GDP 2014 tertinggi di dunia, kenapa tak bankrap?

PENULIS di Seremban, Negeri Sembilan pada 14 Julai 2017 kira-kira jam 1.30 petang. Tulisan ini adalah projek wacana kecil-kecilan secara peribadi atas nama DEKPOS atau Diskusi Ekonomi Politik Sosial dekat Pulau Pinang.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

Wacana Ekonomi | Manusia memang bermusuh dengan kejahilan. 

Kerana kita tidak mengetahui sesuatu, sesuatu yang di luar pengetahuan kita pun kita akan perangi habis-habisan.

Seperti ramai pemimpin pembangkang lain, dahulu pun saya percaya Malaysia akan bankrap kerana hutang tertunggak negara mencecah 55% berbanding KDNK.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 mendedahkan hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM648.475 bilion dan menyamai 52.7% KDNK 2016, lapor akhbar The Edge pada 27 Mac 2017 lalu.

Apabila saya membaca data daripada sumber sama mengenai 'corporate debt to GDP' adalah kira-kira 107.9 peratus atau berjumlah RM1.3624 trilion, saya rasa elok Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri meneroka bagaimana agensi Kerajaan Negeri boleh menerbitkan Bon Jaminan Bebas untuk semua projek infrastruktur awam di Pulau Pinang.


Elok Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempertimbang birokrasi kewangan alternatif, antaranya menerbitkan Bon Jaminan Kerajaan berjumlah RM47 bilion untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP).

Percayalah bahawa angka hutang korporat tidak akan menambah 'nombor' hutang terkumpul Kerajaan Negeri yang sedia ada.

Percayalah bahawa jika hutang korporat negara lebih 100 peratus GDP sekali pun, negara tak akan bankrap.

Sebelum ini, saya pernah terbaca hutang korporat China setinggi 166% berbanding GDP, ada bankrap?

Lebih mengejutkan pada 2.30 petang tadi, saya terbaca 257% hutang korporat Singapura berbanding GDP 2014 adalah terbesar di dunia

Bayangkan...

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus