24 July 2017

Dasar Automasi & Solusi Isu Pemberhentian Buruh Secara Paksa

PENULIS bersama-sama anak, #InsyirahSolehah, ketika sesi jalan-jalan hujung minggu di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, sambil mengenang Siti Hajjar Hassan yang muda, cantik dan jelita. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dan buah hati kami berdua. Amin.



Oleh: Zainulfaqar Yaacob 

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Wacana Ekonomi | Andaikan Zainulfaqar Yaacob adalah pemodal dan pemilik sebuah kilang simen, tentu tujuan operasi kilangan untuk menjana keuntungan semata-mata.


Untuk menjana untung, Zainulfaqar akan berusaha meningkatkan produktiviti simen dengan kos upah buruh termurah.


Perkembangan teknologi kejenteraan membolehkan produktiviti di kilang simen Zainulfaqar turut mampu ditingkatkan berlipat kali ganda.


Kalau dahulu, dengan tenaga 50 orang buruh boleh mengeluarkan 100 tan kampit simen sebulan.


Dengan menggunakan jentera mesin serta tenaga 20 orang tenaga buruh sahaja, produktiviti kilang dijangka mampu ditingkatkan maksimum 300 tan kampit simen sebulan.


Zainulfaqar mulai berkira-kira untuk membuang 30 upah buruh mahir yang sudah lama bekerja dan makan gaji di kilang simennya itu.


Dan, kalau boleh Zainulfaqar mahu melaksanakan dasar automasi secara besar-besar, iaitu memaksimumkan kegunaan mesin automatik bagi menggantikan guna tenaga buruh manusiawi.


Ada beberapa sebab mendorong Zainulfaqar mahu melaksanakan dasar automasi dan membuang 30 buruh murah secara paksa di kilang simennya itu.


Pertama, dasar automasi menggandakan produktiviti kilang simen. Ini logik!


Kedua, kos upah buruh adalah 'belanja hangus', berbanding jika Zainulfaqar membeli jentera mesin yang ternyata menjadi aset kilang.


Ketiga, lagipun jentera mesin produktiviti simen tadi boleh dilihat sebagai aset pelaburan bagi kilang simen Zainulfaqar.


Bagaimana jentera tadi menjadi aset pelaburan? Mari kita lihat perkiraan Zainulfaqar.


Bayangkan Zainulfaqar membeli sebuah jentera mesin automatik produktiviti simen dengan harga RM1 juta secara pinjaman bank.


Selepas tiga tahun kegunaan jentera itu, Zainulfaqar menilai semula semua asetnya lalu ditolak dengan jumlah liabiliti hutang.


Tujuannya adalah untuk mendapat Nilai Bersih (Net Worth).


Oleh kerana baki hutang bank sejumlah RM500,000 manakala nilai jentera automatik tadi RM1.2 juta, maka RM700,000 adalah Nilai Bersih.


RM700,000 inilah modal dalam bentuk aset, yang boleh dicagarkan di bank umpamanya, untuk Zainulfaqar mencipta modal dan aset pelaburan lain; serta menjana untung berganda lagi.


Jika kita faham realiti ini, kita akan faham - mengapa fenomena pembuangan pekerja secara paksa di kilang simen, walhal produktiviti simen terus ditingkatkan untuk memenuhi perkembangan projek infrastruktur negara?


Dasar automasi tidak boleh disekat kerana dunia sains dan teknologi terus berkembang pesat.


Jika kita mahu menyekat dasar automasi ini, kita perlu menyekat orang awam menggunakan kenderaan bermotor, kerana peradaban dunia sebelum ini pernah menunggang unta, lembu, kuda, keldai dan gajah. 


Kereta dan jentera adalah kemudahan, membantu pada proses meningkatkan produktiviti, seperti di Kilang Simen Zainulfaqar Yaacob.


Jelasnya di sini, anti automasi atau menghalang atau melambatkan dasar automasi adalah sesuatu yang tidak logik, dengan sihat ekonomi yang berubah-ubah secara inovatif dan kreatif.


Jadi, apakah solusinya untuk isu pembuangan pekerja secara beramai-ramai sebagaimana dilaporkan Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abd Ghani di Facebook tadi?





Solusi?


Di China, dasar automasi berkembang lebih pesat berbanding di tanah air Malaysia.


Teknologi kejenteraan di sana lebih hebat berbanding Malaysia.


Logiknya, begitu banyak projek pembinaan menara pencakar langit dan jambatan panjang di tanah air ini pun masih menggunakan jentera dan firma pemaju produktif dari China.


Demi mendepani cabaran automasi dan pembuangan pekerja dalam satu-satu sektor, Kerajaan China secara langsung membesarkan saiz ekonomi dengan memperbanyak projek infrastruktur awam negara. 


Yang paling ketara, Kerajaan China mewujudkan banyak projek pembinaan keretapi laju berkapasiti tinggi dan rumah mampu sewa rakyat, 100 peratus milik kerajaan.


Projek infrastruktur pengangkutan awam di China sama seperti pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membina fasa fasa II MRT Kajang.


Fasa II MRT Kajang menyediakan lebih banyak peluang pekerja, termasuk kepada buruh yang dibuang kerja secara paksa.


Di sini lah pentingkan blok pembangkang berbincang bagaimana nak membesarkan saiz ekonomi negara, supaya sejajar dengan peningkatan populasi rakyat serta lambakan graduan/buruh mahir.


Isu pemberhentian pekerja tidak boleh selesai dengan hanya kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad saling bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentang Najib Razak.


Perlu ada suatu solusi yang lebih realistik untuk menghadapi cabaran automasi, dengan membela kaum pekerja.


Perjuangan kaum pekerja akan melahirkan kelas yang sebenar, untuk memakmurkan lagi ekonomi manusiawi Malaysia.


Politik kepartian tanpa solusi ekonomi sebenarnya adalah sia-sia buat rakyat dan buruh.


Setuju?


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus