12 April 2017

Guan Eng gesa syarikat konsesi patuhi perjanjian, biaya RM353 juta kos korek dasar laut di Pelabuhan P.Pinang



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Syarikat konsesi Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mesti membiayai kira-kira RM353 juta kos pengorekan dasar laut dari kedalaman 11.5 meter (m) kepada 14.5 m, sebagaimana dalam perjanjian konsesi yang dimeterai kira-kira 10 tahun lalu.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, jika perjanjian konsesi berwajib tidak dipatuhi PPC, sekaligus bertentangan dengan kepentingan awam membabitkan Kerajaan Negeri dan rakyat di Pulau Pinang.

Tegasnya, ketika ini kedalaman dasar laut di sekitar kawasan pelabuhan adalah 10.5 m.

"Perjanjian konsesi menuntut kamu (PPSB) menyediakan kos pengorekan dasar laut ini, kenapa kamu tidak mahu melakukan sedemikian.

"Ya atau tidak, jika kamu tidak mahu melaksanakan, kamu tidak boleh lagi memiliki konsesi di pelabuhan Pulau Pinang," tegas Guan Eng ketika mengulas Laporan Khas berjudul "Putting the right people to steer Penang Port," terbitan akhbar The Edge Malaysia bertarikh 10 April lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng turut menyertai sidang media bersama-sama Guan Eng di sini, petang tadi.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Air Putih memberitahu perjanjian konsesi berwajib boleh dibatalkan sekiranya terdapat pelanggaran syarat perjanjian oleh pihak yang terbabit.


Justeru, katanya, Mesyuarat Exco hari ini telah memutuskan Setiausaha Kerajaan Dato' Seri Farizan Darus atas kedudukannya sebagai Ahli Lembaga PPC untuk membawa pendirian rasmi Kerajaan Negeri ke mesyuarat berwajib kelak.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus