Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
DATUK KERAMAT – Sesi
latihan kecemasan menyelamat mangsa serangan jantung melalui teknik
resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan alat Automated External
Defibrillator (AED) di Sekolah
Tinggi Han Chiang baru-baru ini menerima pra pendaftaran peserta
seramai 5,535 orang daripada kalangan guru dan pelajar.
Ketika
berucap, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa
dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata jumlah pra pendaftaran
tersebut hampir memecah rekod peserta terbesar dalam sesi CPR seramai
6,806 orang pada tahun 2015, dalam Malaysia Book of Records
(MBOR).
"Saya
dimaklumkan pra pendaftaran pada hari ini ini seramai 5,535 orang,
dan jumlah pra pendaftaran di Sekolah Tinggi Jit Sin yang akan
diadakan serupa program ini pada 6 Mei nanti adalah seramai 4,965
orang.
"Tahniah
kepada Lion Club of Georgetown Central selaku
penganjur dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan beberapa pihak lagi kerana hampir memecahkan rekod MBOR dua tahun
lepas," jelas Dr. Afif Bahardin kepada pemberita di Sekolah
Tinggi Han Chiang di sini pada 8 April lepas.
Dr.
Afif turut merakamkan penghargaan kepada beberapa penganjur bersama
lain, antaranya Hospital Pulau Pinang; Hospital Seberang Jaya; St.
John Ambulans Malaysia Negeri; Malaysia Red Crescent Society -
Cawangan Pulau Pinang; Persatuan Kebajikan Perubatan Kecemasan Pulau
Pinang; serta barisan penaja program bersama itu.
"Kempen
ini akan membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk melaksanakan CPR (dengan menggunakan alatan) AED
demi menyelamat menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung.
"Ia
(AED) direka untuk membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk
berjaya melaksanakan CPR, sekiranya berlaku kecemasan, sebelum
bantuan perubatan dari hospital tiba," jelas Dr. Afif.