21 December 2016

RM47 bilion Pelan Induk Pengangkutan meliputi Seberang Perai juga, respons Guan Eng

P. Thiviyashni (dua dari kiri) bersama-sama N. Poopathi (paling kanan) dan A. Nawanitham tiga dari kiri) berpeluang merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri selepas selesai Majlis Penyampaian Bantuan Daftar Masuk Universiti Peringkat Seberang Perai di Dewan Milenium Kepala Batas di sini lewat petang tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BERTAM - Kenaikan kos pemajuan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) menjadi RM47 bilion berbanding anggaran asal sebanyak RM27 bilion kerana projek-projek yang dicadangkan kemudian meliputi bahagian Seberang Perai, bukan terhad di bahagian Pulau sahaja.

Lagipun berkata Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, RM27 bilion itu adalah angka yang dianggarkan oleh Halcrow Consultants Sdn Bhd dalam kajiannya di bahagian Pulau sahaja, serta Permintaan Cadangan (RFP) sebelum inipun berdasarkan angka tersebut. 

"Itulah sebabnya kalau ada sistem LRT (Transit Aliran Ringan) bukan sahaja di bahagian Pulau, tetapi mesti menyeberang laut dan mesti sampai ke tanah besar Seberang Perai, baik ke Butterworth, Bukit Mertajam,  dan Seberang Perai Selatan. 

"Itulah sebabnya kos tinggi, kalau ke bahagian Pulau sahaja anggarannya RM27 bilion, tetapi jika merentasi laut ke Seberang Perai, anggaran kos mungkin lebih RM47 bilion, respons Guan Eng di Dewan Milenium Kepala Batas di sini malam tadi. 

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberi maklum balas itu ketika betapa berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Daftar Masuk Universiti Peringkat Seberang Perai 2016/2017.

Turut berucap, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.

Hadir sama, Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengakutan dan Utiliti), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharan, Dato' Mohd. Salleh Man (ADUN Permatang Pasir) dan Soon Lip Chee (ADUN Jawi).

Guan Eng memberitahu sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum memuktamadkan hal model kewangan.

Tambah beliau, cadangan tebus guna tanah untuk mewujudkan tiga pulau buatan yang luas kesemuanya 4,500 ekar demi membiayai kos pemajuan dan operasi TMP.

Selain itu, katanya syor hasil tambakan laut demi memastikan kepentingan semua projek berwajib dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang.

"Kita (Kerajaan Negeri) tambak kawasan pantai tetapi kita cadangkan buat pulau jadian supaya kita dapat kurangkan impak alam sekitar.

"Dan, kita juga (Kerajaan Negeri) mengikuti keperluan serta syarat-syarat yang digariskan oleh (Jabatan) Alam Sekitar...kita akan ikut itu DEIA (Kajian Terperinci Impak Alam).

"Kita (Kerajaan Negeri) ambil pakar-pakar universiti dan ikut segalanya yang diperlukan dalam DEIA ini, sehingga pakar-pakar cakap hanya Pulau Pinang yang menyediakan laporan paling terperinci dalam sejarah Malaysia, tetapi itu pun tak 'cukup' (diluluskan).

"Kita akan pastikan tambakan laut itu mesra alam sekitar kerana kita tetap mahu Menjadikan Pulau Pinang 'negeri hijau' pertama di Malaysia," tegas Guan Eng yang juga ADUN Air Itam mencungap Ahli Parlimen Bagan. 

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir memberitahu anggaran kos pemajuan TMP tidak dimuktamadkan lagi, sehingga Kerajaan Negeri meluluskan semua permohonan berwajib daripada agensi persekutuan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tambah Kon Yeow, anggaran bilangan penumpang bagi jajaran transit aliran ringan (LRT) yang dicadangkan dari George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dekat Bayan Lepas menjelang tahun 2023 adalah seramai 116,000 penumpang.

Ini, jelasnya, berdasarkan cadangan TMP alternatif melalui RFP oleh SRS Consortium, iaitu rakan penyampai projek (PDP) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Tujuan asal TMP digagaskan adalah demi menangani kesesakan trafik secara menyeluruh pada waktu puncak di bahagian pulau dan Seberang Perai yang akan memberi manfaat kepada penduduk di negeri ini sehingga tahun 2050.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus