19 December 2016

Mudahkan agihan zakat, rapatkan jurang sosial umat, tegas Timbalan YDP MAINPP

ABDUL Halim Hussain (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan saguhati kepada seorang penerima, sambil disaksikan Azman Abdul Somat (paling kiri) dan Mustaffa Kamal Yusof (tiga dari kiri) di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan terus membantu Kerajaan Negeri merapatkan jurang sosial antara golongan kaya dan miskin di Pulau Pinang, dengan memastikan sistem agihan dana zakat sampai kepada semua golongan asnaf berwajib.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato' Abdul Halim Hussain berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Saguhati Guru Agama & Al-Quran 2016 baru-baru ini.

"Tiap-tiap kita mempunyai tanggungjawab pada umat Islam yang lain dari segi agama dan wang ringgit duniawi.

"Maka, syariat zakat ini juga membawa maksud yang sama, mampu merapatkan jurang antara yang kaya dan (golongan asnaf seperti) miskin, fakir, amil (pengurus zakat), mualaf (saudara baru), riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (orang yang berjuang kerana Allah) serta ibnus sabil (musafir)," jelas Abdul Halim dalam majlis yang berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas di sini.

Hadir sama, Pengurus Besar ZPP, Azman Abdul Somat dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Mutaffa Kamal Yusof.

Pada majlis itu, katanya, seramai 1,807 Guru Al-Quran menerima wang saguhati sejumlah RM1,678,800 atau RM600 seorang.

Dalam majlis sama, katanya, seramai 991 guru agama turut mendapat wang saguhati serupa, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM594,600.

Dalam perkembangan berasingan, Yang di-Pertua MAINPP Dato' Mohd. Salleh Man turut menyampaian saguhati sejumlah RM402,800 kepada 807 penerima daripada 203 buah kariah seluruh di seluruh negeri ini.

Ketika berucap, Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir menzahirkan penghargaan kepada seluruh anggota jawatankuasa kariah masjid-masjid di negeri ini, kerana sejak tahun 2008 banyak membantu Kerajaan Negeri hari ini memartabatkan Islam di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus