JOE Sidek. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE
TOWN - Penganjur dan penggiat muzik tradisonal Melayu dialu-alukan
menghantar proposal acara untuk Festival George Town 2017 (GTF)
sebelum 15 Januari tahun depan.
Kurator
GTF, Joe Sidek berkata, pihaknya juga berhasrat untuk saling
bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Universiti Sains
Malaysia (USM) sendiri, demi mempopularkan lagi tradisi Melayu dalam
festival bertaraf antarabangsa tersebut, selama hampir 2 bulan mulai
28 Julai hingga 3 September 2017 nanti.
"Di
sini saya ingin merayu kepada pengauturcara dan artis tempatan untuk
tampil ke hadapan dan berkongsi idea-idea mereka untuk perbincangan,
persembahan dan acara-acara lain yang boleh menjadikan kita sebagai
tuan rumah pada tahun hadapan," jelas Joe Sidek pada sidang
media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini,
petang tadi.
Katanya,
sejak 15 Oktober lalu lagi pihaknya memanggil semua pihak menghantar
proposal cadangan acara, melalui borang rasmi yang disediakan
www.georgetownfestival.com atau bersemuka sendiri di pejabat dekat
Lebuh Armenian di tengah-tengah George Town Bandar Warisan Dunia
UNESCO.
Sempena
siri kelapan GTF 2017, Joe Sidek memberitahu pameran serta
pertunjukkan antarabangsa meletakkan tumpuan pada ASEAN sempena
meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2017 pertubuhan gabungan
antarabangsa tersebut.
"George
Town Festival merancang untuk menganjurkan forum reka bentuk dengan
kerjasama Southeast Asia Creative Cities Network
(SEACCN)...melibatkan pereka
kreatif, pembuat, penceramah dan pengamal reka kreatif dari Bandung,
Cebu, Chiang Mai, Hanoi, Kuching dan George Town," jelas Joe
Sidek sambil memberitahu bahawa GTF pada masa hadapan akan saling
bekerjasama dengan pengasas London Design Festival.
Laksa of the Region
(LOTR), Weekend On
Women (WOW) merupakan antara
program menarik dalam GTF akan datang.
Pada
tahun 2016, festival ini mempunyai lebih 150 acara, termasuk 118
percuma untuk orang ramai.
Nilai
perhubungan awam (PR) festival lepas mencecah RM20.05 juta, iaitu
meningkat RM4 juta berbanding GTF 2015.
No comments:
Post a Comment