Bayangkan jika asrama sekolah atau desa siswa universiti pun wajib dibeli untuk dinikmati di tanah air ini.
Adakah semua keselesaan itu mampu dinikmati oleh pelajar dan mahasiswa?
Soalan sebegini memang nampak kelakar kerana selama ini kita faham bahawa asrama adalah asrama, tidak lebih dari itu.
Sebenarnya asrama adalah tempat tinggal yang diperlukan oleh pelajar dan mahasiswa.
Sebab itu hartanah kategori itu tidak dijual sebagai komoditi.
Dan, asrama itu samalah seperti rumah mampu milik (RMM), rumah kos sederhana rendah (KSR) dan rumah kos rendah (KR) yang ketika ini diwajahkan kepada kita sebagai komoditi, bukan keperluan (need).
Kenapa asrama keperluan, dan rumah seakan terus dijadikan komoditi perdagangan secara spekulatif?
ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Bandar Sunway Seberang Jaya
23 September 2016 | 5.26 petang
No comments:
Post a Comment