06 June 2016

Guan Eng harap perniagaan bertambah baik, pengunjung selesa di medan selera baharu

KETUA Menteri menyampaikan ucapan serta merasmikan pembukaan Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Kesemua 16 penjaja berwajib akan ditempatkan semula di Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi, selepas lebih 15 tahun menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan terbuka di sini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap, aktiviti perniagaan di sini lebih selamat dan bertambah baik, serta memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Lebih kurang satu setengah tahun lalu, beberapa penjaja mendekati Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), iaitu Encik Boo Jak Seak untuk meminta sebuah pusat penjaja yang berbumbung.

"Ini kerana, ia akan menjadikan perniagaan mereka lebih selamat dan bertambah baik, selain, pelanggan boleh menikmati makanan mereka dalam persekitaran yang lebih selesa," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada Majlis Perasmian Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) turut sertai majlis perasmian tersebut.

Hadir sama, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif serta Setiausaha Majlisnya, Sr. Rozali Mohamud.

Selain itu, Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh serta Steven Sim kerana memanjangkan hasrat Jak Seak dan beberapa penjaja terbabit kepadanya.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) selaku tuan tanah kerana menyokong projek infrastuktur tersebut.

Difahamkan, projek pemajuan yang menelan belanja RM126,000 termasuk sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM100,000 itu dimajukan selama tiga minggu, mulai 23 Februari dan siap sepenuhnya pada 15 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus