03 June 2016

Biar ulasan teknikal sempurna dahulu sebelum melenting tolak projek Skycab, Guan Eng nasihat Tiong Lai


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SUNGAI DUA - Wibawa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 'menolak' projek kereta kabel pelancongan Skycab yang dimohon oleh Kerajaan Negeri, tanpa terlebih dahulu melihat pada ulasan daripada jabatan-jabatan kerajaan berwajib dipertikai. 

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyifatkan reaksi politik Tiong Lai itu seakan sabotaj pada keperluan 1.6 juta rakyat Malaysia di Pulau Pinang. 

"Hanya Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tak bersetuju, yang lain-lain ada yang bersetuju dan ada masih mempertimbang.

"Macam mana dia (Tiong Lai) boleh menolak (projek Skycab) ini, apabila masih tiada keputusan muktamad lagi oleh semua jabatan (Kerajaan).

"Yang tidak bersetuju hanya Tan Teik Cheng, iaitu Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang (yang juga Timbalan Pengerusi MCA), kalau itu bukan sabotaj, itu apa.

"Jangan sabotaj, biarlah ulasan teknikal disempurnakan terlebih dahulu, sebelum melenting," nasihat Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam dalam sidang media pada petang tadi.

Sebelum itu, Guan Eng merasmikan Majlis Pembukaan Pakej 12 Loji Rawatan Air (LRA) terbesar negara di Sungai Dua di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P Ramasamy, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng serta Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato' Ir. Jaseni Maidinsa.

Semalam, Guan Eng menegaskan bahawa cadangan membina tiga tonggak pedaka (pylon) dari bahagian Pulau merentasi laut ke tanah besar Seberang Perai sebenarnya tidak akan mengganggu aktiviti pelabuhan kapal-kapal besar di kawasan perairan tersebut, seperti didalih oleh Tiong Lai sebelum ini. 

Lagipun katanya lagi, Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan Skycab, dengan melantik 'syarikat pemaju mesra Kerajaan Persekutuan' MRCB untuk memajukan projek mega tersebut.

"Sepatutnya Skycab ini tidak perlu permohonan lesen pengangkutan, kerana kereta kabel ini adalah satu lagi produk pelancongan di negeri ini. 

"Dia (Tiong Lai) tiada alasan menolak hasrat Kerajaan Negeri ini kerana projek Skycab ini diberikan kepada MRCB yang ada hubungan baik dengan Pusat,  iaitu pemaju sama yang sedang berbincang (kompleks) Penang Sentral di Butterworth sekarang ini," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan. 

Sebelum itu, Tiong Lai dilaporkan berdalih bahawa projek Skycab ditolak kerana mengganggu dilihat aktiviti pelabuhan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus