Zainulfaqar Yaacob
27 Mei 2016 | 11.47 pagi
27 Mei 2016 | 11.47 pagi
BAGAN
DALAM - Kira-kira 30 minit juga sesi pertama Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan Dr. Afif
Bahardin bagi membantu siasatan kes penjualan sebidang tanah
membabitkan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), sejak
10.30 pagi tadi.
Dr. Afif, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan ditemani peguam pengiring, Ong Chin Wen yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah.
"Saya
ke mari untuk memberikan maklumat kepada SPRM dan fokus saya sekarang
adalah untuk membantu siasatan...kerana isu ini melibatkan
kepentingan awam.
“Saya
harap SPRM boleh menjalankan penyiasatan dengan penuh rapi,” tegas
Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya kepada pemberita sebelum masuk
ke Pejabat SPRM Seberang Perai berhampiran Kampung Jaya di sini
baru-baru ini.
Selepas
keluar dari kamar siasatan, Dr. Afif bagaimanapun tidak menjelaskan
mengenai butiran keterangannya kepada pegawai penyiasat berkenaan.
7 April lalu, Dr. Afif membuat aduan berwajib di Kompleks Ibupejabat SPRM Negeri Pulau Pinang dekat George Town, susulan pada suatu keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
PERDA yang
dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya
didedah menjual tanah seluas 3.461 hektar yang diambil atas tujuan
awam di Tok Keramat dekat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dengan
harga serendah RM1.427 juta.
Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, rakyat seakan rugi
kira-kira RM15.2 juta kerana harga pasaran sebenar berdasarkan
penilaian duti setem adalah RM16.636.
Guan Eng
yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan,
Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut
menyanggah dalih Shabudin kononnya tanah itu 'bermasalah'.
Guan Eng
turut menyanggah dalih Shabuddin yang menyebut, pemaju swasta yang
membeli tanah itu disyaratkan untuk membina rumah mampu milik.
"Semalam
saya telah tunjuk bahawa jurutera yang membeli tanah itu telah
memasukkan permohonan (Pelan Kebenaran Merancang) kepada Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 28 Mac 2016, untuk bina bukan rumah
'murah' tetapi 27 buah (lot kedai).
"Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PERDA dan tak masuk
akal lah,” kata Guan Eng kepada pemberita, selepas mengetuai
rombongan pemimpin negeri turun melihat sendiri keadaan tanah yang
kononnya 'bermasalah' untuk PERDA membina rumah kos rendah dan kos
sederhana rendah untuk rakyat Malaysia di negeri ini.
No comments:
Post a Comment