Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Jabil Circuit Sdn. Bhd. dan
Jinco Solar Technology Sdn. Bhd. merupakan antara 10 industri yang akan mengendali sendiri temu duga secara langsung, dalam Karnival
Kerjaya & Temu Duga 2016 di Hotel Vistana dekat Bayan Baru pada
10 April ini mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Timbalan Ketua
Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon berkata, mereka yang berminat
bolehlah menyediakan salinan dokumen kelayakan peringkat diploma dan
ke atas diharap untuk sesi temu duga 'satu
sama satu'.
"Sesi
temu duga face-to-face akan dilaksanakan...ini peluang untuk
mereka mencari kerjaya idaman.
"Tiada
caj tambahan kepada mana-mana agensi cari kerja dikenakan, kerana
temu duga dikendalikan oleh para penggerak industri sendiri,"
jelas Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak kepada pemberita di
sini pagi tadi.
Dua wakil
penganjur, Pengarah Urusan PenExpo Events Sdn. Bhd., Francis Wong dan
Bendahari Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (SME) Seberang
Perai, Leong Yook Kheong turut sertai sidang media promosi tersebut.
Justeru, Mohd.
Rashid berharap karnival kali ini menerima pengunjung lebih ramai,
berbanding kira-kira 1,500 pengunjung ke program serupa di Hotel
Exora Seberang Jaya pada tahun lalu.
Tujuh lagi
industri lain yang menyertai karnival kali ini adalah ASE Electronics
(M) Sdn. Bhd., Inari Technology Sdn. Bhd., Panasonic Automotive
Systems Malaysia Sdn. Bhd., Pusat Latihan Kemahiran Sri Bayan PLT
(institut kemahiran kulinari), South Island Garment Sdn. Bhd., dan
Vistana Penang Bukit Jambul sendiri.
No comments:
Post a Comment