Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
MACHANG
BUBUK - Tidak seincipun hutan simpan kekal 'berkurangan' sejak
tahun 2008, malah sehingga kini, sebanyak 271,000 pokok ditanam di
Pulau Pinang.
Ketua Menteri
Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa
merasmikan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri 2016 dan
Pelancaran Automated External Defibrillator (AED)
di Taman Rimba Bukit Mertajam, dekat Cheruk Tokun.
"Lihat
fakta, hutan simpan kekal satu inci pun tak kurang...yang kita alih
tanam pokok untuk tujuan pelebaran jalan pun 88 peratus hidup,"
jelas Guan Eng di sini padi tadi.
Menurut
Guan Eng, Kerajaan Pulau Pinang pertama di negara ini membelanjakan
RM41,240 untuk memasang 10 AED di lokasi-lokasi strategik seperti di
sini, demi menjayakan kempen 'Penang Heart-Safe Programme'.
"Kami
(Kerajaan Negeri) akan terus memasang AED ini secara berperingkat di
setiap kawasan di Pulau Pinang," jelas Guan Eng yang juga ADUN
Air Itam merangkap Ahli Parlimen Bagan.
Hadir sama,
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Lim Hock Seng (Exco Kerja
Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Dato' Maktar Shapee (Timbalan
Speaker DUN Pulau Pinang) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen
Bukit Mertajam).
No comments:
Post a Comment