MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, enam dari kiri) serta barisan pemimpin MPSP merakamkan gambar bersama-sama para pemenang cabutan bertuah di sini, petang tadi. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mampu dijimatkan hampir RM4 juta
pada tahun ini, sekiranya penjanaan sampah harian seberat 1,100 tan
berjaya dikurangkan 50 peratus tiap-tiap hari mulai bulan Mei depan.
Menurut Yang
di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif, pihaknya membelanjakan
RM8.89 juta 'tiping fee' sebagai caj atas 440,460 tan sisa
pepejal yang dikumpulkan ke tapak pelupusan sampah Pulau Burung,
sepanjang tahun lalu.
"RM22.20
tiping fee untuk satu tan, ertinya RM8.79 juta dibelanjakan
dalam satu tahun, jika 1,100 tan sampah sarap yang dijana tiap-tiap
hari dikumpulkan ke Pulau Burung.
"Kalau
kadar kitar semula tinggi (39 peratus), tetapi penjanaan sampah pun
tinggi, maka ia tidak memberi impak (pada usaha menjimatkan sumber
dana MPSP).
"Kalaulah
kita boleh kurangkan sampah sehingga 50 peratus, kita akan jimat
hampir RM4 juta," kata Maimunah kepada pemberita di Kompleks Ibu
Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini petang tadi.
Sehingga kini,
difahamkan, Kerajaan Negeri melalui MPSP dan Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP) membelanjakan RM199.3 juta atau 40 peratus peruntukan
tahunan 2016 berwajib.
Manakala
Maimunah pula memberitahu, MPSP sendiri sehingga kini membelanjakan
kira-kira 32 peratus daripada peruntukan tahunan majlis untuk
kerja-kerja pembersihan.
Sebelum itu,
Maimunah bersama-sama Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamud serta
para Ahli Majlis lain menyampaikan hadiah kepada lebih 50 pemenang
pada Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi
Cukai Pintu 2016.
Lima pemenang
kategori pembayaran atas talian diberi hadiah berupa telefon pintar,
manakala, 50 pemenang lain mendapat pelbagai hadiah utama yang
lumayan seperti Mountain Bike, peralatan kesihatan serta rekreasi,
aksesori elektrik dan sebagainya.
MPSP berjaya
mengutip cukai taksiran sebanyak RM80.75 juta dengan 137,405 jumlah
transaksi sempena Promosi Cukai Pintu 2016, berbanding tahun sebelum
itu dengan jumlah pungutan RM38.54 juta melalui 112,190 transaksi.
No comments:
Post a Comment