Fiqh Keamanan (فقه المؤامنة):
RASULULLAH S.A.W SURUH UMMAH BANTU PEMIMPIN ZALIM?
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ - رواه البخاري.
Maksudnya:
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya. (Riwayat Bukhari)
ULASAN:
1. Dalil
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَة
Maksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah: 193]
2. Istidlal
Peperangan merupakan salah satu kaedah menghilangkan fitnah, bukanlah satu-satunya kaedah untuk menghilangkan kezaliman dalam pemerintahan. Ini, dalam kerangka pensyari'atan (التشريع)
Dalam konteks Malaysia, jalan peperangan boleh melahirkan fitnah baharu, seperti Islam akan dilihat sebagai agama teroris dll, maka diharuskan mengambil pendekatan saingan secara aman (المواجهة السلمية) dengan menyertai sistem demokrasi berpilihan raya, perdebatan, Facebook dan sebagainya demi menghilang fitnah kezaliman pemerintah ini. Ini, dalam kerangka pelaksanaan syariat (تقنين التشريع atau التنفيذ)
Kalau jalan peperangan untuk menjatuhkan kepemimpinan zalim pun dibenarkan syarak, menjatuhkan pemimpin BN melalui jalan keamanan seperti pilihan raya, debat, menghasut rakyat menerusi Facebook dll lebih-lebih lagilah dibenarkan dalam Islam.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment