03 March 2016

Status hukum hantaran apabila tidak berlangsungnya pernikahan

ZAINULFAQAR Yaacob di pejabat.


Fiqh Munakahat:
STATUS HUKUM HANTARAN APABILA TIDAK BERLANGSUNGNYA PERNIKAHAN

Soalan:
Saya adalah tunang seorang teruna dan usia pertunangan kami lebih enam bulan. Namun, beberapa kali tarikh nikah ditangguhkan melahirkan rasa tidak selesa dalam diri saya dan keluarga saya. Akhirnya, dibatalkan niat penikahan atas permintaan saya sendiri. Susulan itu, berlakulah perselisihan berantai antara saya dan keluarganya - siapakah yang lebih berhak atas hantaran tersebut?


Jawapan:
"Merisik", pinangan atau pertunangan, pembacaan surah Al-Fatihah sambil memegang mahar dan menerima hantaran serta hadiah merupakan muqaddimah pada ibadah pernikahan.

Ia merupakan suatu janji yang wajib mesti dipegang selama mana pernikahan belum dilaksanakan baik daripada segi rukun-rukunnya ataupun syarat-syaratnya.

Telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita hari ini dengan memberi hantar berupa barang yang akan digunakan oleh kedua-dua pasangan semasa berlangsungnya acara penikahan.

Menjadi kelaziman juga memberi sesuatu barang yang diperlukan oleh pasangan selepas atau sebelum majlis penilaian,  seperti memberi telefon pintar atau sepesalinan busana untuk majlis konvokesyen universiti dan untuk praktikal guru di sekolah.

Sesungguhnya hantaran diserahkan kepada saudara atau wanita yang dipinangi itu, jika saling disepakati bahawa ia adalah sebahagian daripada mahar serta bukan sekadar hadiah selain daripada tujuan mahar, maka semua itu dimaksudkan dengan maksud mahar.

Justeru, bagi tiap-tiap mahar yang diterima itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak pasangan lelaki apabila apabila pertunangan itu diputuskan.

Jika barangan itu adalah berbentuk makanan dan minuman, maka tidak perlu dikembalikan. 

Namun, jika hadiah itu berbentuk selainnya bentuk makanan dan minuman, terdapat perselisihan pendapat dalam hal ini. 

Jadi bekas tunang lelaki berkenaan berhak untuk mengambil kembali semua hantaran yang diberikan kepada saudari, dan hantaran itu bukanlah merupakan hak pihak wanita terbabit.

Jika ia dalam bentuk hibah pemberian, boleh untuk diminta kembali, jika ia adalah barangan yang boleh dikembalikan.

Kesimpulannya, berdasarkan soalan saudari, maka hadiah yang bukan merupakan makanan dan minimum (yang dapat dihabiskan), akan menjadi hak pasangan si lelaki dan si wanita mesti mengembalikannya.

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus