17 March 2016

Rasuah terdahulu dalam MPSP, Guan Eng gesa SPRM siasat 'pemimpin aktif' pembangkang

LIM Guan Eng (kiri) berharap SPRM segera membuka kertas siasatan berwajib berdasarkan aduan daripada MPSP sejak 18 Disember tahun lalu lagi, dalam sidang media bersama-sama Maimunah Mohd. Sharif  di Kompleks Ibupejabat MPSP, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat seorang ahli politik pembangkang Pulau Pinang, yang dikaitkan dengan amalan rasuah, semasa memimpin Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), 18 tahun lalu.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, MPSP sejak 18 Disember tahun lepas lagi telahpun membuat aduan polis dan SPRM mengenai individu terbabit.

"Terbaru, kita lihat SPRM Kedah sekurang-kurangnya telah ambil tindakan ke atas dua pemimpin (muda) Umno (Kawasan Parlimen) Permatang Pauh yang terlibat rasuah, maka kita harap SPRM Pulau Pinang pun boleh bersama-sama ambil tindakan yang serus.

"Sekarang, (individu terbabit) masih menjadi ahli politik pembangkang yang sangat aktif, kita (Kerajaan Negeri) minta SPRM boleh buat siasatan penuh," tegas Guan Eng kepada pemberita di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda pada tengah hari tadi.

Guan Eng bagaimanapun enggan menyebut nama individu terbabit, yang juga bekas Ahli Majlis MPSP tahun 1994/1995.

Tahun lalu, MPSP terselamat daripada membayar pampasan RM244 juta (RM243,630,810) yang dituntut oleh plaintif, NEG Engineering Sdn. Bhd..

Hujung perbicaraan kes penarafan loji kumbahan di Sungai Nyior dan Mak Mandin kira-kira pada tahun 1997 itu, plaintif pula diarah membayar kos lepas RM50,000 kepada MPSP.

Permohonan MPSP untuk membatalkan saman Plaintif kerana kegagalan meneruskan tindakan (want of prosecution) turut ditolak dengan kos RM5,000.

Pesuruhjaya Kehakiman, YAA Colin Lawrence Sequerah yang membuat ketetapan itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 28 Januari lepas.

Pun begitu, tingkah laku seorang bekas ahli majlis yang dikaitkan dengan amalan rasuah terdedah dalam kamar perbicaraan, pada 14 dan 15 Disember tahun lepas.

Susulan itu, MPSP membuat aduan polis dan SPRM demi membantu kedua-dua agensi persekutuan tersebut membuka kertas siasatan berwajib.

Pada sidang media sama, Yang di-Pertua MPSP Dato' Maimunah Mohd. Sharif turut menjelaskan mengenai isu tuntutan saman RM244 juta gagal, MPSP 'selamat' daripada risiko bankrap.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng mengumumkan, Festival Pinggiran Butterworth 2016 kembali 13, 14 Ogos depan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus