KETUA Menteri menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Kepemimpinan NEX2016 di Hotel Olive Tree dekat Pantai Jerejak, pagi tadi. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI
JEREJAK - Selepas penganjuran di Singapura dua tahun lalu, Pulau
Pinang yang disenarai dalam kedudukan dunia untuk pelbagai perkara popular belakangan ini
dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Kepemimpinan NEX2016.
LIM Guan Eng |
"Revolusi perindustrian pertama mengenai kejenteraan, revolusi
kedua mengenai kuasa elektrik dan produktiviti, revolusi ketiga
mengenai internet dan komputer, dan sekarang adalah revolusi
perindustrian keempat iaitu semua perkara (globalisasi) saling
berhubung secara bersepadu.
"Bagi saya, kami (Kerajaan Negeri) mempunyai bakat dan juga
kemampuan daripada segi ekonomi, tetapi memerlukan lebih ramai rakan
kongsi untuk memacu pembangunan Pulau Pinang pada masa depan,"
jelasnya di depan 380 tetamu persidangan di
Hotel Olive Tree di sini pagi ini.
JERRY Chan Fook Sing |
Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancongan Negeri Pulau Pinang, Danny
Law Heng Kiang dan Azhana Mohamed Saleh (Pengarah Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia, MIDA) dan Tan Sri Dato' Dr. Sak Cheng Lum (Ahli
Lembaga Amanah bagi Yayasan ECM Libra).
Menurut Guan Eng, usaha sama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC) dengan Temasek serta Economic Development Innovations Singapore
Pte. Ltd. (EDIS) dalam pemajuan projek perdana Penyumberan Luaran
Proses Perniagaan (BPO) di Bayan Lepas dengan RM1.3 bilion nilai
pembangunan kasar (DGV) adalah salah satu contoh inisiatif Kerajaan
Negeri dalam membina jaringan rakan kongsi baharu untuk mengembangkan
potensi pelaburan dan ekonomi Pulau Pinang.
Tiga hari persidangan mulai 10 Mac membariskan beberapa panelis
tersohor, antaranya Lim Siong Guan (Presiden Kumpulan Perbadanan
Pelaburan Kerajaan Singapura, GIC), John Ng (Cheif Passionary
Officer Meta Colsulting), Micheal Tan (Presdien Eagles
Communications), Seah Jiak Choo (bekas pengurus besar merangkap
menteri pendidikan Singapura) dan Kim Tan (Pengerusi SpringHill
Management Ltd.).
Penulis dan jurucakap antarabangsa, Paul McGee, Lawrence Leong
(Penolong Pengarah Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura), Lucas
Chow (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Far East Orchard, MediaCorp dan
Singtel Mobile), Prof. Neo Boon Siong (ahli akademik Nanyang
Technological University, Singapore), Dato' Seri Kalimullah
Masheerul Hassan (bekas wartawan dan penasihat beberapa badan
korporat antarabangsa) dan Montree Sornpaisarn, CFA (Ketua Pegawai
Eksekutif Maybank Kim Eng Securities Thailand Plc.) turut dijemput
sebagai pembentang pada persidangan antarabangsa itu.
Dua tahun lalu, Guan Eng merupakan salah seorang panelis jemputan ke
persidangan serupa di Singapura, antara lain membincangkan mengenai cabaran
kepemimpinan dalam mendepani ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Pulau Pinang tersenarai dalam kedudukan dunia untuk beberapa perkara popular, terbaru mengenai hartanah di negeri ini dikatakan paling menarik minat pelabur berbanding negeri-negeri lain, lapor firma perunding global Night Frank Malaysia.
Pulau Pinang tersenarai dalam kedudukan dunia untuk beberapa perkara popular, terbaru mengenai hartanah di negeri ini dikatakan paling menarik minat pelabur berbanding negeri-negeri lain, lapor firma perunding global Night Frank Malaysia.
No comments:
Post a Comment