24 March 2016

Puas sertai kayuhan desa di Pulau Betong

Amacam? Selepas sakit-sakit punggung mengayuh basikal, saya dan kawan-kawan releks di salah sebuah warung di kampung nelayan dekat Pulau Betong di sini.
KAYUHAN Desa merupakan antara sektor pelancongan yang kian popular di Balik Pulau.

Audi Guest House adalah destinasi terbaik bagi mereka yang mahu merentas desa dengan 'kos bajet'.

Sebuah basikal jenis Mountain Bike boleh disewa semurah RM15 sahaja dan RM20 bagi sebuah basikal yang boleh dikayuh oleh dua orang.

Tahu tidak tahu, di Audi Guest House Balik Pulau turut menyediakan sewaan bilik tamu ala-ala kampung.

Kalau saya tak lupa, bilik inap desa paling 'bajet' RM20 sekepala, untuk dua orang. Bilik-bilik lain untuk tiga orang RM90, lima orang (RM120) dan bilik deluxe RM145 sahaja. Murah dan istimewa.

Info lanjut, hubungi Mr. SAM Lim +60124999099 atau rakannya Liew Chi Khong +60149442540 atau no. tel. Pejabat 048662569.

Tempahan aktiviti kayuhan desa atau bilik inap desa turut boleh melalui emel audi_service@ymail.com atau portal www.audipenang.com.

Capaian di Facebook dengan kata kunci Audi Guest Home, Audi Dream Farm atau Audi Farm.

Saya dan rakan-rakan, macam adik beradik walaupun mempunyai latar belakang berbeza. Kerja sepasukan, seronok sepasukan.
Yang ini gambar paling best hahaha Sungguh kacak abang Zainulfaqar Yaacob sampai ada seseorang mengejarnya dari belakang. Hahahaha 
Kalau jelajah desa secara berkumpulan lebih 10 orang, akan ada pengiring pelancong. Cik Dian cantik dan mesra!

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan turut menimba pengalaman kayuhan desa, kira-kira 8 kilometer secara santai hampir 3 jam.

Saya dan rakan-rakan merentasi denai-denai desa yang masih diselimuti embun sejuk, walaupun selewat jam 8.00 pagi.

Di sekitar Pulau Betong ini, saya dan rakan-rakan turut jelajah ke kawasan sawah padi dan dua kampung nelayan.

WEFIE dengan dua rakan baik saya, En. Watawa Nataf Zulkifli dan Cik Darwina Mohd Daud.
PUNYA sedah kari periuk tanah sampai licin pinggan nasi, siap hirup gulai. Wow!
Sebelum pulang, kami singgah makan kari kepala ikan yang dimasak dalam periuk tanah. Saya terlupa nama tempatnya tetapi sesiapa nak pergi boleh 'merisik-risik' Warung Makan Pak Kob daripada rakan baik saya, Encik Idzham Ahmad.

Selepas ini, saya ingat nak rancang bawa anak, ‪#‎InsyirahSolehah‬ dan isteri muda cantik jelita Siti Hajjar Hassan pula ke sini.

In sya Allah!

Catatan,

ZAINULFAQAR YAACOB
blogger

George Town | 24 Mac 2016 | 9.39 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus