12 March 2016

Prinsip & pelaksanaan agenda 'Langgar Najib'

ZAINULFAQAR Yaacob (kiri) bersma-sama dua pemimpin DAPSY Perlis, saudara Taufik Iman Abdul Manan (tengah) dan saudari Nurul Syifa Abdul Manan (kanan) dalam suatu majlis di Pulau Pinang. 

PRINSIP & PELAKSANAAN AGENDA 'LANGGAR NAJIB'

Perkembangan terbaru mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad bergabung dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain mengangkat deklarasi 'anti Najib Razak' dibincangkan secara terbuka di sebuah warung makan tempat saya bersarapan pada awal Subuh tadi di Pagoh.

Banyak juga menentang tindak-tanduk dua pemimpin Umno itu, yang dianggap akan merugikan Melayu dan Umno jika tidak dicegah.

Tak kurang juga yang menyokong atas alasan, Umno perlu kembali pada perjuangan asal dan usaha menghentikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri adalah atas prinsip perjuangan.

Saya 'orang luar' dan saya mengambil sikap untuk mengikut dan melihat pertikaman lidah di warung tersebut sahaja.

Di Pulau Pinang, beberapa pemimpin muda KeADILan pun mempertikai gabungan 'Selamatkan Malaysia', kerana membabitkan Dr. Mahathir.

Menurut mereka, gabungan itu lebih pada usaha menyelamatkan survival politik Umno pada PRU14 sahaja, kerana Dr. Mahathir sendiri dalam satu kenyataannya berkata beliau tidak mahu BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalih mereka lagi, pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan seakan tiada prinsip, apabila pergi bekerjasama dengan 'Mahazalim' dan 'Malikul Sembab'.

Awal Jumaat lalu, kerana yang bercakap ini adalah aktivis parti yang saya kenal dan saya cukup hormat, saya berkongsi pendapat berbeza mengenai hal yang dianggap 'prinsip'.

Bagi saya prinsip di bawah kategori teorikal, maka, perlu dibincangkan bersama hal praktikal.

"Kalau kita anggap bekerjasama dengan Dr. Mahathir sebagai mengadai prinsip perjuangan untuk 'Selamatkan Malaysia', maka tak bolehlah pakatan 'anti Najib' itu yang dilihat bertentangan dengan prinsip regid ini. 

"Tetapi, kalau dianggap bekerjasama dengan Dr. Mahathir itu sebagai praktikal dalam merealisasikan agenda selamatkan Malaysia, singkir Najib dan Timbalannya (Datuk Seri Dr. Ahmad  Zahid Hamidi), maka boleh praktikal kerjasama 'pakatan anti Najib' ini demi merealisasikan prinsip yang regid ini," jelas saya.

Masing-masing terkesima dan diam apabila saya memberi gambaran hal prinsip/teori dan praktikal ini. 

Kaedah Fiqh menyebut: 

الأمور بمقاصدها 
Maksud:
Urusan-urusan berdasarkan pada tujuan akhirnya.

يغتفر في الوسائل ما لا يغتفر في المقاصد
Maksud:
Dimaafkan dalam (perbezaan) pendekatan, tidaklah dimaafkan dalam perkara prinsip. 

Wallahu  'alam.

ZAINULFAQAR YAACOB
Muar, Johor

12 Mac 2016, 9.11 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus