SEORANG remaja (kiri) dilatih melakukan CPR serta menggunakan AED, dengan bimbingan daripada seorang anggota jawatankuasa pengelola Penang Heart Safe di sini baru-baru ini. |
KEBUN
BUNGA - Kerajaan Pusat disyor menyalurkan peruntukan kepada semua
negeri termasuk Pulau Pinang ,untuk memasang peranti 'Automated
External Defibrillator' (AED).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu,
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk
memasang AED di 10 lokasi strategik, sebagai inisiatif menyelamatkan
nyawa mangsa serangan jantung pada waktu kecemasan di tempat awam.
“Bukan
sahaja kita (Pulau Pinang) yang buat, tetapi dia (Pusat) perlu buat
di semua negeri.
“Tak
boleh bergantung pada Kerajaan Negeri semata-mata, sebab tak mungkin
kita dapat pasang AED dengan begitu banyak,” ujar Guan Eng yang
juga ADUN Air Putih pada Majlis Pelancaran AED di Taman Botani di
sini baru-baru ini.
Hadir
sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.
Difahamkan,
Kerajaan Negeri di bawah inistiaf Penang Heart Safe
mengeluarkan peruntukan sebanyak RM41,340 untuk peringkat pemulaan
pemasangan 10 AED di Pulau Pinang.
Selain
belajar menggunakan AED, orang yang turut yang menyertai majlis
Penang Heart Safe turut
didedah mengenai kaedah melakukan CPR atau prosedur untuk
mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan mangsa serangan
jantung, melalui pengepaman jantung secara luaran dengan menggunakan
tangan dan bantuan pernafasan.
No comments:
Post a Comment