18 March 2016

Bakal gabenor baru Bank Negara 'berkepentingan' dalam 1MDB?



Zainulfaqar Yaacob*

KETUA Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan disebut-sebut sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu.

Jika sahih, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak lama lagi.

Mohd Irwan Serigar diketahui umum sebagai salah seorang pentadbir korporat (corporate governance) bagi syarikat pelaburan 1Malaysia Development (1MDB).

Sehingga kini, pelaburan 1MDB masih diragui dan sedang disiasat oleh beberapa agensi integriti tempatan hingga badan antarabangsa.

Malah, pelaburan 1MDB yang meragukan ini turut disiasat oleh BNM dan tidak lama lagi Mohd Irwan Serigar akan menjadi gabenor Bank Negara baharu?

Bagaimana seseorang yang syarikat korporat di bawahnya sedang disiasat oleh BNM sendiri, layak dilantik sebagai gabenor Bank Negara?

Jika beliau melepaskan jawatan korporatnya di 1MDB sekalipun, akan ada konflik kepentingan kerana kedudukannya di BNM turut akan memelihara kepentingan dalam 1MDB.

Ini kerana, kemusnahan kepentingan 1MDB yang diragui banyak pihak itu, sekali gus akan menjerut kepentingan Mohd Irwan Serigar, akhirnya.

Ini, isu integriti. Selepas integriti Kementerian Kewangan diragui kerana terlalu melindungi kepentingan 'pelaburan misteri' 1MDB, takkan ketua setiausaha perbendaharaan mahu dilantik menjadi gabenor Bank Negara pula?

Baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan ayahanda Abdul Rani Kulop menjadi gabenor Bank Negara.

Sekurang-kurangnya selebriti "Kipidap" itu tiada kepentingan dalam 1MDB semacam Mohd Irwan Serigar.

Jenaka!


____________
ZAINULFAQAR merupakan Timbalan Pengerusi II PasMa Pulau Pinang. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus