12 February 2016

RM30.6 juta kos 33km laluan berbasikal turut dibiayai swasta, respons MBPP

A. Rajendran.

GEORGE TOWN – Rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiapkan laluan basikal berdedikasi sepanjang 33 kilometer (km) menjelang tahun 2020 yang bernilai RM30.6 juta turut dibiayai oleh beberapa pemaju swasta, bukan dana pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan semata-mata.

Menurut Timbalan Pengarah Kejuruteraan MBPP, Ir. A. Rajendran, laluan tersebut akan menyelusuri persisir pantai dari Tanjung Tokong ke tepian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan Lepas.

Tambahnya, laluan berbasikal itu turut akan melalui tempat-tempat pelancongan dalam kawasan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Daripada keseluruhan laluan ini, sepanjang 12.5 km lorong basikal telah selesai dinaiktaraf. 

“Bakinya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020,” ujar beliau kepada pemberita di sini baru-baru ini. 

“Laluan-laluan basikal ini melibatkan kos sekilometer yang berbeza-beza berdasarkan tender yang berasingan dan berperingkat untuk bahagian-bahagian tertentu. 

“Untuk bahagian-bahagian yang dibina dan dikelola oleh MBPP, kita menggunakan sistem tender terbuka sepenuhnya dengan pemilihan harga paling kompetitif.

“Perlu diketahui jenis laluan yang disediakan bagi setiap kawasan adalah berbeza dan ini akan menentukan kos pembinaan sebenar. 

"Contohnya, terdapat bahagian yang memerlukan pembinaan jambatan atau jejantas bagi merentangi sungai dan melengkapkan laluan basikal sedia ada,”jelas Rajendran kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Pengarah Kawalan Bangunan MBPP, Ar. Yew Tung Seang turut sertai sidang media tersebut.

Penjelasan Rajendran itu sekaligus menjawab dakwaan pihak tertentu berhubung isu kos pembinaan laluan basikal berdedikasi berkenaan yang dianggap tertalu mahal, serta kononnya dibiayai oleh MBPP sahaja.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus