Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
meluluskan rancangan pembinaan bangunan tiga tingkat industri
bernilai RM15.5 juta, untuk disewa oleh firma Osram dari Jerman.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, di bangunan tambahan mempunyai
keluasan lantai 54,252 kaki persegi tersebut akan ditempatkan pejabat
Osram, makmal untuk projek inivasi rekacipta dan realisasi teknologi
penjahayaan firma tersebut.
"Pembesaran
ini akan memberi tumpuan pada perniagaan dan teknologi berkemahiran
tinggi, sekaligus akan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan
tinggi untuk bakat Pulau Pinang," jelas Guan Eng yang juga Exco
Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan &
Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Dalam
perkembangan sama, Guan Eng turut melahirkan penghargaan kepada Osram
kerana terus setia mengembangkan industri pelaburannya di negeri ini
sejak tahun 1972.
Dengan
pelaburan firman dari Jerman berkenaan, katanya lagi, sekaligus
membawa manfaat kepada negeri, dari aspek meningkatkan pengalaman dan
kemahiran pekerja tempatan.
"Kerajaan
negeri melalui agensi pelaburan utama kami, investPenang dan PDC,
telah secara proaktif bekerja bersama-sama dengan Osram untuk
memudahkan rancangan pengembangan.
"Pulau
Pinang juga akan mendapat manfaat daripada memperluaskan asas
pembekal tempatan Osram melalui pengenalan teknologi pembuatan baru,"
kata Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih
merangkap Ahli Parlimen Bagan.
Selepas itu,
Guan Eng menyaksikan majlis perjanjian pajakan berwajib antara
Pengurus Besar PDC Dato' Rosli Jaafar dan Pengarah Osram Opto
Semiconductors (M) Sdn Bhd, Dr. Roland Mueller.
Turut
menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian tersebut adalah Penasihat
Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Lee Kah Choon dan Loo Lee Lian (Pengurus
Besar investPenang) dan Ir. Addnan Mohd. Razali (Pengarah
Kejuruteraan bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP).
Pada sidang
media sama, Dr. Roland Mueller berkata, pertukaran kontrak adalah
langkah pertama dalam pembinaan bangunan baru, ke arah memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak.
Katanya lagi,
jika semua berjalan mengikut perancangan, operasi firman di bangunan
baru itu dijadual bermula pada tahun depan.
"Bangunan
baru itu akan mengukuhkan lagi lokasi Pulau Pinang (firma Osram)
kami," katanya, sambil merakamkan penghargaan kepada Guan Eng
dan PDC.
No comments:
Post a Comment