06 February 2016

Penguatkuasa MPSP terima ancaman, Maimunah rujuk polis

SALAH seorang Ahli Majlis MPSP menunjukkan rakaman video seorang memegang senjata tajam sambil mengancam Direktorat Penguatkuasaan pada hari kejadian, dalam sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Gara-gara mahu meruntuhkan binaan tanpa kebenaran berhampiran sebuah rumah mewah di Penang Golf Resort dekat Bertam, sekumpulan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menerima ugutan dan ancaman dengan menggunakan senjata tajam daripada seseorang di sini baru-baru ini.

Mengulas insiden itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif memberitahu suatu laporan polis telahpun dibuat demi memastikan keluarga semua penguatkuasa terbabit selamat.

"Kita hanya menjalankan tugas sebagai penjawat awam...kata-kata ancaman terhadap penguatkuasa kita melibatkan anak-anak dan keluarga.

"Tambahan dalam kawasan perumahan beliau sampai sekarang tiada kelulusan termasuk binaan pondok pengawal, tetapi kita (MPSP) mengambil tindakan ke atas pondok pengawal sahaja," jelas Maimunah kepada pemberita di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausahanya, Sr. Rozali Mohamud, para Ahli Majlis, kakitangan-kakitangan pentadbiran serta penguatkuasa MPSP lain turut sertai sidang media tersebut.

Menurut Maimunah, MPSP sejak bulan Mac tahun lalu lagi memberi peluang kepada pemunya bangunan berkenaan supaya meruntuhkan binaan-binaan tanpa kebenara.

Namun, katanya, pemunya bangunan berkenaan hanya berjanji serta tidak melaksanakannya.

Terdahulu, MPSP pada 17 Disember 2014 mengeluarkan notis binaan tanpa kebenaran kepada pemunya bangunan berkenaan.

Berdasarkan Syeksyen 72 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meruntuhkan bangunan dalam tempoh satu hari dari tarikh notis dikeluarkan.

Direktorat Penguatkuasaan menerima laporan siasatan berwajib, susulan lawatan tapak oleh Penolong Pegawai Senibina Jabatan Bangunan.

Pemantauan pada 31 Januari 2015 mendapati binaan-binaan tanpa kebenaran berwajib masih belum diruntukan.

13 Februari 2015 notis kuasa memasukan bangunan pertama dikeluarkan oleh MPSP.

Berdasarkan Seksyen 97 akta sama, membolehkan kerja-kerja meruntuh bangunan tersebut dijalankan selepas tempoh 24 jam dari masa notis dikeluarkan.

Operasi meruntuh pada 10 mac tahun lalu ditangguhkan, kerana pemunya bangunan menandatangani Surat Akujanji untuk meruntuhkan binaan tersebut dalam tempoh tiga hari lagi, selaim membuat rayuan kepada MPSP.

14 Februari lalu, direktoran penguatkuasaan menerima ugutan, ancaman dengan menggunakan senjata tajam serta dibaling dengan tukul semasa mahu melaksanakan kerja-kerja meruntuh binaan tanpa kebenaran tersebut.

Pihak yang menghalang penjawat awam melakukan tugas boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus