MUHSIN Latheef bersama-sama penyokongnya melancarkan demontrasi anti Lim Guan Eng dan anti DAP, di perkarangan pintu masuk sPICE Bayan Baru di sini, pagi ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI JEREJAK - Kira-kira 20 anggota Persatuan Muka Buku Pulau Pinang melancarkan demontrasi anti DAP di pintu masuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE), ketika sedang berlangsungnya sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini pagi ini.
Setiausaha NGO, Muhsin Latheef mendesak Guan Eng memberi respons mengenai isu DAP menerima dana sumbangan RM1.2 bilion daripada negara haram Israel, sebagaimana dituduh oleh bekas anggota DAP Razali Abdul Rahman.
"Kalau benda ini tak benar, kenapa Ketua Menteri tak saman Razali dengan peguam-peguam handal yang mereka ada," katanya kepada pemberita.
Tahun lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telahpun menafikan tuduhan Razali itu.
Bahkan, Guan Eng turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik Razali sebagai pegawai khasnya, seperti dilaporkan beberapa portal berita mesra Umno sebelum ini.
Bahkan, Guan Eng turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik Razali sebagai pegawai khasnya, seperti dilaporkan beberapa portal berita mesra Umno sebelum ini.
Kali pertama Razali serta penyokongnya menyerang peribadi Guan Eng serta DAP pada menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu, Mei 2013.
No comments:
Post a Comment