Oleh: S. HEMAWATHI (pelatih)
GEORGE TOWN - Mulai tahun 2017, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sendiri akan mengendalikan malam perarakan sempena perayaan Thaipusam sekitar Kuil Arulmigu Sri Balathandayuthabani dekat Kebun Bunga.
Pengerusinya, Prof. P. Ramasamy memberitahu, ketetapan itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II Kerajaan Negeri membuat keputusan tersebut berdasarkan hasrat komuniti India setempat di negeri ini.
"keputusan ini tidak mempunyai agenda tersendiri terhadap kominiti Chettiyar dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang berharap mereka dapat memberi kerjasama lalu menerima keputusan ini seadanya," jelas Ramasamy kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.
Difahamkan, perarakan tradisi itu sebelum ini dikendalikan oleh komuniti Chettiyar, di bawah gerakan Kuil Nattukkottai Chettiar.
Dalam perkembangan lain, Ramasamy memberitahu Kuil Arulmigu Sri Balathandayuthabani berjaya mendapat sumbangan awam sebanyak RM188,814.70 dan emas sebanyak 137.85 gram sepanjang minggu musim Thaipusam, pada tahun ini.
Justeru, katanya lagi, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang berhasrat memanfaatkan sumbangan awam tersebut untuk tujuan pendidikan dan kebajikan, khusus untuk komuniti India.
Dua Ahli Lembaga bagi Lembaga Wakaf Hindu lain, A. Thanasekaran (Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam), R.S.N. Rayer (ADUN Seri Delima) serta Ketua Pegawai Eksekutif lembaga berkenaan, M. Ramachandran turut sertai sidang media itu.
No comments:
Post a Comment