Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, kenaikan kadar levi
untuk buruh asing mulai 1 Februari ini dijangka menyusahkan lagi
rakyat, khususnya golongan peniaga berwajib.
Beliau berkata demikian
semasa mengulas hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak mahu melaksanakan levi tersebut atau sistem cukai khas
berupa wang tunai yang akan dibayar kepada Kerajaan Pusat.
"Takkan kerana Kerajaan
Pusat 'gila duit' untuk elak bankrap, semua dia nak naik, ada orang
tertentu gila talak, ini macam gila naik harga barangan
"Macam mana dengan
nasib pekerja-pekerja Malaysia (warganegara) yang ada, kerana ada
perniagaan yang mengambil pekerja asing, dan ada ada mengambil
pekerja Malaysia.
"Lebih kita risau lagi
adalah lebih banyak perniagaan gulung tikar dan tutup kedai,"
tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di
sini, pagi 2 Februari 2016.
Mengulas mengenai
pengubahsuaian Bajet 2016 Kerajaan Pusat, Guan Eng menegaskan bahawa
penyusunan semula kadar levi semasa ekonomi negara "sedang
teruk" adalah tidak wajar, kerana lebih membebankan rakyat
terbanyak.
“Kalau mereka nak buat
(levi atas buruh asing), sepatutnya semasa ekonomi baik, bukan
sekarang semasa ekonomi teruk," tegas Guan Eng
Katanya lagi, sepatutnya
pengubahsuaian Bajet 2016 menghapuskan kadaran 6 peratus Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta tiada pemotongan 3 peratus pada
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Tak mahu potong GST 6
peratus, kurangkan pula 3 peratus caruman KWSP, tambahan lagi, kita
lihat dia (Kerajaan Pusat) nak sekaligandakan levi pekerja asing.
“Janganlah susuhkan lagi
rakyat...mengapa selepas rakyat bertambah susah, kamu tambah susah
rakyat lagi," rayu Guan Eng ditujukan kepada pentadbiran Najib.
28 Januari lalu, Najib
mengumumkan penyusunan semula sistem kadar levi untuk pekerja asing
kepada 2 kategori saja.
Kategori pertama membabitkan
sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, dengan tiap-tiap buruh
asing akan dikenakan kadar levi baharu RM2,500.
Manakala,
buruh asing dalam sektor ladang dan pertanian di bawah kategori ke-2,
dengan kadar RM1,500 bagi setiap pekerja.
Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat akan
mendapat pendapatan tambahan RM2.5 bilion, dari sumber levi untuk
buruh asing.
Jelasnya lagi, menurut
statistik kerajaan, terdapat kira-kira 2.135 juta pekerja asing yang
berdaftar, kini.
Katanya, pekerja bertaraf
warganegara dikecualikan daripada levi baharu ini.
No comments:
Post a Comment