SEKUMPULAN ahli Kelab Basikal MBPP merakam gambar kenangan di rak basikal baru berhampiran Plaza Gurney di sini baru-baru ini. |
PULAU TIKUS - Rak basikal awam yang disediakan oleh pengusaha Gurney Plaza di belakang pasar raya berkenaan di sini mendapat pujian Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow.
Menurut Kon Yeow, langkah pengusaha Gurney Plaza berkenaan sebenarnya adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu Pulau Pinang dikenali sebagai 'Bandar Berbasikal' di rantau ini.
“Terima kasih kepada pengurusan Plaza Gurney yang selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal.
“Apabila laluan basikal disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pemaju-pemaju, tidak salah jika pihak lain dapat menyediakan kemudahan lain seperti rak yang unit ini,” ujar Kon Yeow di sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata demikian semasa Majlis Perasmian 10 Rak Basikal Berlanskap, anjuran Gurney Plaza.
Hadir sama, ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim, Ong Ah Teong (Ahli Majlis bagi MBPP), Ar. Yew Tung Seang (Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPP), serta Pengerusi Kelab Berbasikal Bike On Friday (BOF), Dr. Lim Seh Guan.
Majlis diserikan dengan kehadiran konvoi basikal oleh BOF dan Kelab Basikal MBPP.
Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri melalui MBPP sehingga tahun 2020 baru-baru ini mengumumkan untuk menyiapkan laluan basikal berdedikasi sepanjang 33 kilometer (km) yang bernilai RM30.6 juta, dengan dibiayai oleh beberapa pemaju swasta serta bukan dana pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan semata-mata.
Difahamkan, laluan tersebut akan menyelusuri persisir pantai dari Tanjung Tokong ke tepian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan Lepas.
Laluan berbasikal itu turut akan melalui tempat-tempat pelancongan dalam kawasan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Sehingga kini, laluan sepanjang 12.5 km telah pun untuk kegunaan awam.
No comments:
Post a Comment