KETUA Menteri pagi tadi menegaskan kepada pemberita di sini supaya tidak membuat spekulasi, serta menghormati protokol Istana yang membabitkan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Protokol Istana Kedah dalam menjernihkan krisis jawatan Menteri
Besar sekarang ini wajar dihormati oleh semua pihak, tegas Ketua
Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hari ini.
Justeru,
beliau yang juga Setiausaha Agung DAP enggan membuat andaian lanjut
ketika diminta menjelaskan pendirian parti berhubung isu berbangkit
tersebut.
"Marilah
bersama-sama kita menghormati Istana Kedah dalam melaksanakan
protokolnya.
"Tidak
matang untuk mana-mana pihak melakukan spekulasi apabila (Ahli-Ahli
Jemaaah Pemangku Sultan Kedah) masih belum membuat sebarang
keputusan," tegas Guan Eng kepada pemberita di sini baru-baru
ini.
Pada sidang media lalu, Guan Eng menegaskan bahawa jalan demokrasi terbaik dalam krisis itu adalah dirujuk pada DUN Kedah sendiri.
"Saya mengulangi pendirian parti DAP yang telahpun diumumkan pada minggu lepas, sekiranya kita nak hormati demokrasi, jalan keluar yang paling baik ialah untuk kembali kepada Dewan Undangan Negeri.
"Biar suatu usul tak percaya dibentangkan, dan biar (anggota) Dewan Undangan Negeri yang memutuskan," jelas Guan Eng yang juga ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Terdahulu,
krisis dalaman Umno membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dengan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
dikatakan antara punca krisis Menteri Besar Kedah.
Memetik sumber
akhbar Sinar Harian hari ini, seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kedah tetap penderian untuk menolak anak Dr. Mahathir, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Timbalan
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanapiah dilaporkan
berkata, masing-masing berpendirian sedemikian selepas berjumla
secara tertutup dengan Najib, yang juga Presiden Umno merangkap
Pengerusi Barisan Nasional.
Memetik sumber
portal berita "ProjekMMO" Malay Mail Online pula, 15 ADUN
pembangkang turut dipanggil menemui anggota Jemaah Pemangku Sultan
Kedah, dipercayai untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu
berbangkit tersebut.
Perkara itu,
disahkan oleh ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd.
Zawawi, bekas pemimpin PAS Kedah yang kini menyertai AMANAH.
Sehingga kini, dilaporkan, Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih belum membuat apa-apa pengumuman berhubung nama pengganti Mukhriz, sebagaimana didesak oleh pro Najib.
Sehingga kini, dilaporkan, Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih belum membuat apa-apa pengumuman berhubung nama pengganti Mukhriz, sebagaimana didesak oleh pro Najib.
No comments:
Post a Comment