09 February 2016

Guan Eng rujuk polis insiden demontrasi di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 8 Feb.



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

DATUK KERAMAT - Insiden Persatuan Muka Buku Pulau Pinang mengadakan suatu demontrasi ketika berlangsungnya majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang  (sPICE) semalam (8 Februari) akan dirujuk kepada pihak polis.


Guan Eng berkata demikian kepada pemberita, semasa melawat Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Pulau Pinang di Padang Polo di sini pada awal pagi tadi.

"Tak pernah ada dalam sejarah di mana demontrasi sebegitu diadakan pada hari perayaan.

"Masih banyak lagi hari lain, kenapa pilih pada hari perayaan.

"Saya akan serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Semalam, kira-kira 20 anggota NGO mesra pembangkang Pulau Pinang berkenaan melancarkan demontrasi anti Guan Eng dan anti DAP di perkarangan pintu masuk utama sPICE dekat Pantai Jerejak. http://goo.gl/4IvS8J

Setiausaha NGO, Muhsin Latheef mendesak Guan Eng memberi respons mengenai isu DAP menerima dana sumbangan RM1.2 bilion daripada negara haram  Israel, sebagaimana dituduh oleh bekas anggota DAP Razali Abdul Rahman.

"Kalau  benda ini tak benar, kenapa Ketua Menteri tak saman Razali dengan peguam-peguam handal yang mereka ada," katanya kepada pemberita.

Tahun lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telahpun menafikan  tuduhan Razali itu.

Bahkan, Guan Eng turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik Razali sebagai pegawai khasnya, seperti dilaporkan beberapa portal berita mesra Umno sebelum ini.

Kali pertama Razali serta penyokongnya  menyerang peribadi Guan Eng serta DAP pada menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu, Mei 2013.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus