WAJAH Gelanggang Sepak Takraw Kampung Bagan Buaya, Changkat di Parlimen Nibong Tebal di sini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
JAWI - Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap lebih banyak 'bintang baru' dalam
sukan sepak takraw dilahirkan dari negeri ini, seperti tekong negara
Shahir Rosdi.
Beliau berkata demikian
semasa merasmikan pembukaan Gelanggang Berbumbung Sepak Takraw
Kampung Bagan Buaya dekat Changkat, yang diadakan serentak dengan
Sepak Takraw Piala Soon Lip Chee di sini baru-baru ini.
"Apabila kita memajukan
satu-satu projek, kita (Kerajaan Negeri) nak lihat ia sebagai wadah
penyatu semua penduduk.
"Di Pulau Pinang suatu
ketika dahulu Pulau Pinang terkenal dengan sukan bola sepak, tahun
ini selepas lebih 10 tahun akhirnya Pulau Pinang telah masuk ke Liga
Super.
"Dan, saya berharap
Kampung Bagan Buaya suatu hari nantipun akan terkenal dengan
kejohanan sepak takraw," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal
Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian,
Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada majlis tersebut di sini, semalam
Menurut Guan Eng, lebih
RM100,000 peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, susulan
permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee.
Guan Eng yang juga ADUN Air Putih memuji Lip Chee kerana berjaya menganjurkan kejohanan sepak
takraw dengan penyertaan 47 pasukan, termasuk dari Perak, Sabah dan
Sarawak.
"Kita (Kerajaan Negeri)
tidak mahu menjadi kerajaan untuk 68 peratus undi popular yang kita
dapat semasa pilihan raya umum lalu, kita mahu menjadi kerajaan untuk
semua 100 peratus rakyat Pulau Pinang.
"YB Soon telah
membuktikan kemampuan Kampung Bagan Buaya akan terkenal suatu hari
nanti, dengan menganjurkan suatu kejohanan yang disertai sebanyak 47
pasukan," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Sebelum itu, Lip Chee dalam
ucapannya merakamkan penghargaan kerana pemimpin Kerajaan Negeri
turut memberikan perhatian pada rancangan pembangunan di Daerah
Seberang Perai Selatan (SPS), khususnya Parlimen Nibong Tebal dan
KADUN Jawi.
Exco Kerja Raya,
Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng
dan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jason
H'ng Mooi Lye turut sertai majlis perasmian tersebut.
Shahir Rosdi adalah anak
jati Air Itam, hantaran luar biasa tekong tersebut dikatakan antara
faktor Malaysia berjaya menundukkan jaguh Thailand dengan agregat 2-0
hasil kemenangan 21-7 dan 21-9, dalam Kejohanan ISTAF Super Series di
Melaka pada Februari tahun lalu.
No comments:
Post a Comment