(Dari kiri) LIM Guan Eng, Chow Kon Yeow, Jagdeep Singh Deo dan LIm Hock Seng mencermati jajaran-jajaran TMP pada peta Pulau Pinang, selepas sidang media di sini pada 16 Disember lalu. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, dua surat
perjanjian konsesi projek tebus guna laut seluas 60 ekar yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri hari ini akan didedah kepada orang
awam, sebagai langkah integriti.
KETUA Menteri pada sidang media pagi tadi. |
"Kami
(Kerajaan Negeri) telah mendapat jawapan daripada dua lagi pemegang
konsesi tambakan laut, iaitu Ideal Gim dan Ivory Tropicana, mereka bersetuju
(untuk) mendedahkan surat perjanjian mereka," jelas Guan Eng
sambil menunjukkan surat perjanjian konsesi berwajib kepada pemberita
di sini baru-baru ini.
Guan Eng
bagaimanapun memberitahu, pemegang-pemegang surat perjanjian konsisi
tambakan laut yang lain menolak permohonan Kerajaan Negeri untuk
mendedahkan dokumen berwajib masing-masing kepada orang awam.
"Selepas
mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-Undang, maka, Kerajaan
Negeri terpaksa akur kepada keputusan mereka, dan tidak mendedahkan
surat perjanjian ini, kerana projek tambakan laut konsesi ini telah
diputuskan (dimeterai) bukan oleh Kerajaan Negeri sekarang, tetapi
oleh kerajaan lama (era Barisan Nasional).
"Kita
(Kerajaan Pulau Pinang hari ini) memang tidak boleh buat apa-apa,
tetapi, projek tambak laut yang diluluskan sekarang, tentu kita
(Kerajaan Negeri) dedahkan," jelas Guan Eng yang juga Guan Eng
yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan,
Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Menurut Guan
Eng, Kerajaan Negeri hari ini meluluskan telah projek tebus guna
tanah seluas 60 ekar sahaja.
Katanya, 35
ekar tambakan laut di Bayan Mutiara diluluskan kepada Ivory
Tropicana, untuk kegunaan pembangunan bercampur.
25 ekar (24.79
ekar) lain di Bayan Bay, katanya lagi, diluluskan kepada Ideal Gim
Venture, untuk kegunaan pembangunan bercampur juga.
Difahamkan,
2,100 unit perumahan seluas 11.79 ekar di Bayan Bay, dengan 11 ekar
sebagai rizab Kerajaan Negeri dan 2 ekar lagi untuk kegunaan
infrastruktur.
Bagi kelulusan
itu, Kerajaan Negeri akan menerima satu kompleks sukan moden yang
bertaraf antarabangsa untuk kegunaan awam.
Kompleks itu
terdiri oleh Velodrome Semi Covered, trek basikal sepanjang
250 meter serta 3 unit gelanggang bola keranjang, gelanggang bola
tampar, kolam renang berserta 'diving pool'.
Tidak cukup
dengan itu, turut dibina untuk kegunaan awam adalah sebuah padang
bola sepak di Persiaran Bayan Indah, petak “A” bersebelahan Lot
15739, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Penjelasan
Guan Eng itu sekaligus menjawab dolak-dalih pembangkang Pulau Pinang,
yang mencabar Kerajaan Negeri hari ini supaya mendedahkan semua
perjanjian konsesi projek tebus guna tanah, termasuk yang diluluskan
sebelum tahun 2008.
Guan Eng
menegaskan, langkah mendedahkan perjanjian konsesi tanpa persetujuan
berwajib mampu mengakibatkan Kerajaan Negeri berdepan dengan risiko
saman mencecah angka bilion ringgit.
Sebelum tahun
2008, Kerajaan Pulau Pinang yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional
meluluskan kira-kira 3,241 ekar projek tebus guna tanah.
Itu, termasuk
940 ekar tanah di Tanjong Tokong yang diluluskan kepada satu pihak
pada tahun 1999, dengan harga serendah RM1 untuk sekaki persegi.
No comments:
Post a Comment