28 February 2016

Butterworth Discovery Walk 2016 semarak nilai seni, budaya pekan lama

PESERTA Butterworth Discovery Wall 2016 turut singgah dan merakamkan gambar kenang-kenangan di salah sebuah tokong di sekitar pekan lama Butterworth di sini, awal pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Butterworth Discovery Walk 2016 dianjurkan demi menyemarakkan lagi penghayatan aset kesenian dan nilai kebudayaan yang wujud di sekitar Pekan Lama Butterworth.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBPP), Dato' Maimunah dalam ucapannya memberitahu program itu dianjurkan selaras dengan Pelan Butterworth Baharu, dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity).

"Pelan Butterworth Baharu ini diharap akan mengembalikan semula kegemilangan juga kelestarian Bandar Butterworth," jelas Maimunah di perkarangan Padang Pemuda Merdeka di sini awal pagi tadi.

Turut berucap, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng serta Pengarah Projek Butterworth Baharu daripada ThinkCity.

Difahamkan, Pekan Lama Butterworth merupakan antara empat lokasi yang akan diremajakan oleh ThinkCity dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tiga lokasi lain adalah Penang Sentral, Butterworth Waterfront dan Sungai Perai.

Sejak tahun 2011 lagi MPSP bekerjasama dengan ThinkCity dalam meremajakan Butterworth serta mengembalikan semula kegemilangan kawasan-kawasan pelancongan warisan berwajib tersebut.

Kedua-dua pihak bekerjasama melakukan kajian lapangan dan penyelidikan terperinci mengenai potensi Butterworth dalam tempoh dua tahun, sejak 2014.

Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 12 aktiviti dilakukan oleh MPSP bersama-sama ThinkCity.

Antaranya, baseline survey & study of Downtown Butterworth, 1st International Arts Festival dekat Butterworth di bawah Butterworth Fringe Butterworth (BFF), Six Seberang Perai Stories, Gotong-royong dekat Taman Pantai, Jeti Lama dan Rope Walk Bagan, rundingan awam dengan komuniti Taman Pantai serta kaum peniaga Rope Walk Bagan, penarafan Jalan Jeti Lama, Jalan Pasar dan Jalan Dato' Haji Ahmad Said, cetakan 12 poskad mengenai Butterworth Quick Guide dengan pemetaan informasi dalam internet (www.Butterworthguide.com), pemetaan masjid-masjid warisan di Seberang Perai, BFF serta Pelan Tindakan Pekan Lama.

"Penganjuran BFF pada tahun 2015 telah menarik 18,000 pengunjung ke kawasan Jeti Lama.

"Fokus lokasi 2016 dalam Pelan Tindak Pekan Lama adalah di empat kawasan, iaitu Dewan Ria Community Facilities, Jeti Lama Heritage Quarter, Taman Pantai dan Rope Walk Taman Selatan (Bagan)," jelas Maimunah dalam satu sidang media berasingan sebelum ini.

Itu, katanya, tidak termasuk RM311,000 yang diberikan oleh beberapa pihak untuk menjalankan aktiviti lain, bersama-sama ThinkCity di Butterworth.

"Keseluruhan jumlah pelaburan bersama ini kira-kira RM2.7 juta," jelas Maimunah lagi.

Selain diberi mandat meremajakan 'Butterworth Baharu', ThinkCity adalah agensi yang diberi peranan yang sama dalam memeriahkan semula nilai pembangunan di Bandaraya George Town, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus