Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Lebih 1,000 peserta berdaftar, termasuk daripada 23 negara akan
menyahut cabar serta merebut kejuaraan dalam Penang International
Triathlon & Duathlon (PgITD) edisi ke-empat pada 17 April
Teluk Bahang, Balik Pulau.
Pengerusi
penganjur PgITD, Ben Woon memberitahu peserta kategori Triathlon akan
dilepaskan seawal jam 7.00 pagi untuk acara renang sejauh 1.5
kilometer di pantai Teluk Bahang, disusuli dengan kayuhan sejauh 40
kilometer, seterusnya 10 kilometer larian jarak jauh.
"Dalam
PgITD ini agak unik kerana peserta akan berenang merentasi laut
sejarak 750 kilometer sebanyak dua kali di antara dua pantai,"
jelas beliau kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Beliau berkata
demikian pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan
Lim Guan Eng dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Manakala
peserta Duathlon pula, menurut Ben Woon, akan dilepaskan serentak
dengan peserta triathlon dari Empangan Teluk Bahang untuk 7 kilometer
larian jarak jauh dan kayuhan sejauh 40 kilometer sahaja.
"Untuk
pusingan kedua, kedua-dua (kategori) triathlon dan duathlon adalah
sama...kayuhan sejauh 40 kilometer dari Empangan Teluk Bahang ke
Balik Pulau.
"Laluan
ini mencabar kerana mereka perlu mendaki bukit Balik Pulau.
"Pusingan
ketiga bagi kedua-dua acara juga adalah sama...mereka perlu berlari
sejauh 10 kilometer terakhir di bukit dan bagi mereka yang mengambil
masa lebih daripada 4 jam, terik matahari akan menambahkan lagi
cabaran dalam saingan kali ini," jelasnya lagi.
Pada sidang
media sama, Pengerusi G Club Cyclists, Dato' Dr. Lim Seh Guan
melahirkan penghargaan kerana acara yang dianjurkan oleh kelabnya
sekali lagi mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment