KETUA Menteri (tiga dari kiri) menyantuni kelaku seorang mahasiswa (berbaju merah) selepas menerima cek I-Bita, sambil disaksikan oleh Mohd. Rashid Hasnon dan P. Ramasamy di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA – Tanpa perlu bergantung pada hasil Cukai Barangan &
Perkhidmatan (GST) pun, belanjawan Kerajaan Pusat sebenarnya masih
mampu mencatatkan lebihan kewangan, jika diurus secara bersih dan
cermat seperti yang dilakukan dalam Kerajaan Negeri Pakatan Harapan
Pulau Pinang.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu pentadbirannya tiap-tiap tahun
sejak 2008 mencatatkan surplas, dengan rekod keseluruhannya kira-kira
RM453 juta sehingga tahun 2013.
"Apabila
kita (rakyat) melihat Kerajaan Pusat tiap-tiap tahun rugi (defisit
kewangan), Kerajaan Pulau Pinang boleh untung (lebihan kewangan)
kerana bersih, sungguhpun tanpa GST.
"Itulah
perbezaannya antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Putrajaya, dia
(Kerajaan Pusat) ada GST, tapi masih rugi lagi, (manakala) kita
(Kerajaan Pulau Pinang) tiada GST, tapi kita masih boleh untung
(surplas).
"Jika
kita (Pakatan Harapan) ke Putrajaya, kita akan buktikan belanjawan
Malaysia boleh untung (surplas) sungguhpun tanpa GST," jelas
Guan Eng pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pelajar Ke IPT Zon
Seberang Perai 2015 di perkarangan Tapak Ekspo Seberang Jaya, 12
Disember lalu.
Seramai 1,321 mahasiswa daripada universiti awam dan beberapa kolej terpilih diberi cek I-Bita bernilai RM1,000 seorang, yang jumlah keseluruhannya lebih RM1.3 juta dari sumber dana Kerajaan Negeri.
Hadir sama,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco
Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan,
Dr. Afif Bahardin, Lim Hock Seng (ADUN Bagan Jermal merangkap Exco
Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Dato' Mohd. Salleh Man (ADUN
Permatang Pasir merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang, MAINPP) dan A. Tanasekharan (ADUN Bagan Dalam).
Guan Eng yang
juga ADUN Air Putih sekali lagi merayu Kerajaan Negeri
melaksanakan 'Zerorise GST' atau GST Berkadaran Sifar seperti yang
dicadangkan oleh pihak pembangkang dalam Bajet Alternatif.
Tegasnya, GST
ternyata membebankan rakyat terbanyak, dan 'Zerorise GST' adalah
kaedah terbaik ke arah memansuhkan cukai itu.
Mengulas
mengenai Bajet 2016 Pusat pula, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen
Bagan memberitahu, Kerajaan Pusat sepatutnya tidak mengurangkan
kira-kira RM1.4 bilion peruntukan Universiti Awam berbanding tahun
2015.
Ini kerana
katanya, Kerajaan Pusat dilaporkan mendapat sumber tambahan lebih
RM30 bilion hasil GST, sejak sistem cukai itu dilaksanakan dalam
tempoh antara 1 April hingga 14 Disember 2015.
Bagi Guan Eng,
tadbir urus kewangan Kerajaan Pusat yang dilihat seakan boros, tidak
cekap, tiada integriti, mempunyai unsur rasuah serta penyelewengan
kuasa akhirnya mengakibatkan belanjawan negara akan terus mengalami
defesit, sungguhpun bergantung pada hasil GST.
Sehari selepas itu Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) menyampaikan cek I-Bita Peringkat Zon Pulau kepada 538 pelajar dari Daerah Timur Laut dan 233 lain dari Daerah Barat Daya, di Dewan Sri Pinang dekat George Town.
Salah seorang penerima, Muhammad Shamsul Nizam Shafie, 19, yang ditemui kemudian melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pemberian insentif tersebut.
Menurut mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, sepatutnya lebih banyak bantuan pendidikan disalurkan kepada mahasiswa memandangkan kos sara hidup rakyat kian meningkat.
"Ini kali pertama saya dapat sumbangan...sebagai anak ketiga daripada enam adik beradik, bantuan ini sangat diperlukan.
"Dalam keadaan harga barang naik dan kos sara hidup yang meningkat di tempat saya belajar dekat Nilai (Negeri Sembilan), mahasiswa memang memerlukan bantuan pendidikan seumpama ini," jelas beliau, penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Komtar.
Muhammad Shamsul Nizam Shafie |
Menurut mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, sepatutnya lebih banyak bantuan pendidikan disalurkan kepada mahasiswa memandangkan kos sara hidup rakyat kian meningkat.
"Ini kali pertama saya dapat sumbangan...sebagai anak ketiga daripada enam adik beradik, bantuan ini sangat diperlukan.
"Dalam keadaan harga barang naik dan kos sara hidup yang meningkat di tempat saya belajar dekat Nilai (Negeri Sembilan), mahasiswa memang memerlukan bantuan pendidikan seumpama ini," jelas beliau, penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Komtar.
No comments:
Post a Comment