WAKIL PDP, Azmi Mohamad memberi penerangan lanjut mengenai gambaran sebenar rancangan tambakan laut di Batu Maung, pada majlis interaksi dua hala dengan JKKK setempat di sini baru-baru ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN LEPAS
- Penarafan jalan serta pemajuan rumah mampu milik sebenarnya di
bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat jika berdasarkan Senarai
Persekutuan dalam Perlembagaan, tetapi Kerajaan Negeri hari ini
terpaksa melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) demi menangani
masalah kesesakan trafik pada masa depan di Pulau Pinang.
ABDUL Malik Abul Kassim |
"Pemajuan
perumahan dan pembinaan sistem jalan raya sebenarnya adalah
tanggungjawab Kerajaan Pusat, dan pada tahun 2008, 2009 dan 2010,
kita (Kerajaan Negeri) telah berusaha untuk memasukkan projek-projek
ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11.
"Kita
(Kerajaan Negeri) telah berkali-kali meminta Kerajaan Pusat membina
dan melebarkan jalan raya serta mewujudkan sistem bas aliran cepat
(BRT) dan sebagainya, tetapi, malangnya Kerajaan Pusat tidak
memberikan keutamaan kepada Pulau Pinang," jelas Abdul Malik
yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna di Kompleks Tabung Haji di sini.
Penerangan
lanjut mengenai TMP yang bernilai kira-kira RM27 bilion itu
disampaikan oleh Azmi Mohamad, iaitu wakil komunikasi korporat bagi
Konsortium SRS, iaitu rakan pelaksana projek (PDP) yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri pada 23 Oktober tahun lalu.
"Ia adalah sebuah pulau, bukan tebus guna yang rapat dengan pantai sedia ada.
"Jarak
antara pantai dan pulau (kawasan yang ditebus guna) antara 200
(meter) hingga 300 meter.
"Maksudnya,
penduduk yang terlibat dan jeti atau kawasan tambatan sampan itu
tidak akan terlibat dan diganggu oleh cadangan projek tebus guna
ini.
"Kalau dengan (tebus guna di) 'Pulau A' dan 'Pulau B' (serta 'Pulau C') ini, cukup untuk kita biaya TMP ini," jelas beliau lagi.
"Kalau dengan (tebus guna di) 'Pulau A' dan 'Pulau B' (serta 'Pulau C') ini, cukup untuk kita biaya TMP ini," jelas beliau lagi.
Beliau
memberitahu akan ada enam laluan masuk ke kedua-dua kawasan tambakan
itu.
DUA kawasan yang diwarnakan kuning itu adalah lokasi sebenar tapak cadangan tebus guna laut, jelas Azmi Mohamad. |
Pada sidang
media selepas itu, Abdul Malik memberitahu usaha mengadakan rundingan
awam, termasuk dengan JKKK serta nelayan-nelayan yang terbabit akan
dilaksanakan, sungguhpun ura-ura akan dipulau oleh segelintir pihak
yang tidak bertanggungjawab.
9 Disember
lalu, Abdul Malik mengadakan rundingan awam dengan kira-kira 120
nelayan di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung.
Katanya,
Kerajaan Negeri akan terus mengadakan rundingan awam dengan
nelayan-nelayan pantai, termasuk dari Permatang Damar Laut,
sehinggalah PDP mendapat kelulusan Penilaian Impak Sosial (SIA) dan
Kajian Terperinci Impak Alam (DEIA) serta kelulusan berwajib yang
lain daripada agensi Persekutuan, bagi memulakan kerja-kerja
penambakan di kawasan tersebut.
TMP merupakan
projek pemajuan sistem trafik bersepadu yang meliputi pembinaan
beberapa batang lebuh raya, termasuk dari Pulau ke Seberang Perai.
Pelan itu turut terdiri oleh pemajuan satu jajaran transit aliran ringan (LRT) serta dua monorail di bahagian Pulau, serta satu LRT lain merentasi laut ke tanah besar Seberang Perai.
Selain itu, satu lagi jajaran monoral lain serta BRT turut akan diwujudkan di Seberang Perai.
Manakala,
hasil tambakan laut tersebut untuk membiayai kos pemajuan TMP akan
memastikan Kerajaan Negeri dan rakyat memilik kepentingan serta aset
pengangkutan awam tersebut, bukannya pihak swasta.
No comments:
Post a Comment