12 January 2016

Rakyat alami kesesakan trafik akan faham tujuan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kata Guan Eng

KETUA Menteri (depan) menunjukkan kepada wartawan pelan pembangunan TMP yang dicadangkan Di Seberang Perai, termasuk di kawasan Parlimen Bagan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BAGAN DALAM - Rakyat Malaysia yang mengalami kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak di negeri ini sahaja akan memahami komitmen Kerajaan Negeri mahu melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Penarafan Jalan Dan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Siram baru-baru ini. 

"Orang yang tidak pernah menghadapi kesesakan trafik sahaja yang akan mengutuk perancangan TMP ini.

"Tetapi, yang tinggal di Pulau Pinang tidak akan menentang rancangan Kerajaan Negeri ini dalam menangani isu kesesakan trafik sehingga tahun 2050 nanti.

"Seperti projek penarafan Jalan Siram ini yang sudah pasti untuk menangani masalah kesesakan trafik pada waktu puncak, usaha ini tidak akan ditentang sekiranya mereka tahun bahawa Kerajaan Negeri hari ini turut berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM615.519.04 apabila projek ini siap sekarang," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu, Kerajaan Negeri pada tahun 2016 memperuntukkan sebanyak RM26.11 juta bagi meneruskan pelaksanaan  projek pembinaan dan penarafan Jalan,  sebagaimana diperincikan dalam Bajet 2015 lagi.

Katanya, sejumlah RM17.45 juta lagi untuk pembiayaan kerja-kerja penyelenggaraan negeri.

Itu, katanya lagi, tidak termasuk peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM2 juta lain untuk penarafan jalan-jalan kampung, selain RM5 juta pemberian Kerajaan Persekutuan melalui Malaysia Road Information System (MARRIS).

(Dari kiri) PHEE Boon Poh, P. Ramasamy, Ketua Menteri, Lim Hock Seng dan A. Thanasekharan pada Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Siram di sini baru-baru ini. 

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. P. Ramasamy dan A. Thanasekharan (ADUN Bagan Dalam) turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Sengaja Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu merangkap Exco Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Ir. Salleh Awang (Pengarah Jabatan Kerja Raya, JKR Negeri).

30 Januari tahun lalu, projek penarafan Jalan Siram dimulakan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM8,713,359.50 peruntukan Kerajaan Negeri.

Setelah projek siap, sebanyak RM8,097,840.46 dibelanjakan,  iaitu RM3,266,400 untuk kos projek seperti perlembagaan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong di sini.

Manakala, baki RM4,831,440.46 berbelanjaan untuk kos pengambilan tanah berwajib.

TMP pula merupakan  projek pemajuan sistem trafik bersepadu yang meliputi pemajuan beberapa batang lebuh raya, termasuk dari Pulau ke Seberang Perai.

Pelan itu turut terdiri oleh pemajuan satu jajaran transit aliran ringan (LRT) serta dua monorail di bahagian Pulau, serta satu LRT lain merentasi laut ke tanah besar Seberang Perai.

Selain itu, satu lagi jajaran monoral lain serta sistem bas alihan cepat (BRT) turut akan diwujudkan di Seberang Perai.

Kerajaan Negeri melantik Konsortium SRS sebagai rakan pelaksana projek (PDP) yang dianggarkan bernilai RM27 bilion itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus