KETUA Menteri dan pemimpin Kerajaan Pulau Pinang yang lain disalah satu gerai pameran Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016 baru-baru ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI
JEREJAK - Sungguhpun dilayan dingin oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri hari ini berharap amalan Perkongsian Awam-Swasta
mampu menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat
Malaysia di Pulau Pinang.
Menurut Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Sidang
Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016 baru-baru ini.
"Saya
masih ingat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
bahawa 9,999 unit rumah mampu milik akan dibina di kawasan Air Itam
dan Air Putih (iaitu) kawasan saya pada menjelang PRU13 (Pilihan Raya
Umum Ke-13), namun jelas terbukti ia janji kosong.
"Inilah
sebabnya, mengapa begitu penting sidang kemuncak seperti ini, kerana
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mood Perkongsian Awam-Swasta
dengan melibatkan sektor (pemaju perumahan) swasta, untuk mendengar
(maklum balas) daripada sektor swasta tentang bagaimana kita
(Kerajaan Negeri) boleh meningkatkan sistem penyampaian perumahan
mampu milik, khususnya untuk rakyat Pulau Pinang," jelas Guan
Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di
Subterranian Penang International Conference & Excibition
(sPICE) di sini, 8 Januari lalu.
ADUN Datuk
Keramat merangkap Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan,
Jagdeep Singh Deo turut berucap pada sidang kemuncak tahunan kedua
itu.
Guan Eng
memberitahu, rakyat Malaysia di negeri ini sepatutnya tidak
dianaktirikan oleh pentadbiran Najib, memandangkan Pulau Pinang
merupakan pembayar cukai ketiga tertinggi di negara ini pada tahun
lepas.
"Kami
telah membayar sejumlah RM6.3 bilion, hanya lebih kurang 2 peratus
daripada jumlah itu telah disalurkan kembali ke Pulau Pinang.
"Dalam
apa jua keadaan malang, tidak ada satu sen pun, untuk perumahan awam
mampu milik," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah &
Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan
Hal Ehwal Bukan Islam.
Selain itu,
Guan Eng memberitahu, Kerajaan Negeri sehingga kini masih menuntut
Kerajaan Persekutuan menyegerakan proses kelulusan semua permohonan
Permit Iklan dan Lesen Pemaju (APDL), susulan dibangkitkan oleh para
pemaju dalam sidang kemuncak kali yang pertama pada tahun lalu.
"Ini
adalah satu contoh bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang sensitif
terhadap masalah yang dihadapi oleh pemaju.
"Kerajaan
Persekutuan seakan mensabotaj ekonomi, bukan sahaja pemaju dari Pulau
Pinang, tetapi, semua penduduk Pulau Pinang secara keseluruhannya,
industri perumahan...melibatkan kira-kira 140 peserta industri,"
tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Difahamkan,
daripada 81 APDL yang dimohon oleh pemaju perumahan ke Pulau Pinang,
kira-kira 47 lagi masih belum diluluskan tanpa maklum balas lanjut
daripada Kerajaan Pusat.
Dalam
perkembangan lain, beliau berharap rancangan Kerajaan Negeri untuk
merealisasikan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) bernilai RM27 bilion
demi menangani masalah kesesakan trafik sehingga 2050, sekaligus
mampu menjana pertumbuhan ekonomi serta memajukan sektor hartanah
perumahan di negeri ini.
Sebelum itu,
Jagdeep memberitahu, terdapat 12 projek perumahan yang terdiri oleh
22,512 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu
milik sedang dan akan dibina di kelima-lima daerah di negeri ini,
membabitkan perkongsian sektor awam dan swasta.
Dalam pada
itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri senantiasa mengalu-alukan dua
permohonan Kerajaan Pusat untuk membina rumah mampu milik di bawah
program Perumahan Rakyat 1Malaysia (P1MA) di Pulau Pinang baru-baru
ini.
Jelasnya, dua permohonan itu sebenarnya adalah susulan pada mesyuarat beliau dengan pegawai Perbadanan PRIMA Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.
"Kami menerima permohonan pada Disember tahun lalu bagi dua projek perumahan mampu milik di bawah PR1MA di Batu Ferringhi dan Bukit Gelugor, dengan sejumlah 2,644 unit," katanya.
Hadir sama,
Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato' Mohd.
Rashid Hasnon, Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis
Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Dato' Dato' Rosli Jaafar
(Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC).
Pemaju Ideal Properties, Dato' Alex Ooi, Dato' Toh Chin Leong (Pengurus Besar Kanan IJM Land), Micheal Geh (Sr Partner of Rain & Home International), Dato' Finn Choong Khuat Seng (Convenor Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Hartanah dan Pembinaan bagi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang), Dr. Noraini Abdullah (Pengarah Urusan Asia Global Business Sdn. Bhd.), Tengku Dato' Idaura Ibrahim (bekas Timbalan Pengurus Besar PDC) dan Dato' Ong Weng Soon (Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang) dan Ong Ban Seng (Pengarah Penganjur Persidangan) antara tokoh yang hadir pada persidangan kali ini.
Sidang Kemuncak Hartanah Pulau Pinang 2016 yang melibatkan Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) merupakan antara usahasama Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran semasa berkaitan pembangunan hartanah serta kepentingannya untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment