11 January 2016

Pelan Induk Pengangkutan 'bukan sesuatu yang baharu' di Pulau Pinang, respons Ketua Pembangkang

JAHARA Hamid (bertudung) dan rakan-rakan lain merakamkan gambar bersama-sama Chow Kon Yeow (tengah) dan Szeto Wai Long (paling kiri), sebelum sidang media ADUN Pembangkang di Tingkat 56, Komtar di sini tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pelan Induk Pengangkutan (TMP) yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri hari ini demi menangani masalah kesesakan trafik sehingga tahun 2050 bukanlah sesuatu yang baharu, kata Datuk Jahara Hamid.

Menurut Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu, Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dahulupun pernah mengemukakan pelan seumpama itu.

"Pelan Induk Pengangkutan telah dilakukan semasa era BN lagi...ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana Pulau Pinang berdepan dengan masalah pengangkutan semenjak 10 tahun lalu lagi.

"Kita (pembangkang Pulau Pinang) akan meneliti dengan lebih lanjut tentang cadangan projek ini dan kita akan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin tempatan kita di kawasan yang terlibat (dengan TMP).

"Apapun kita (pembangkang) nak pastikan Pulau Pinang akan terus maju, dan rakyat tidak akan mendapat impak yang negatif daripada pembangunan ini," kata Jahara kepada wartawan di sini, petang tadi.

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang lain, Shariful Azhar Othman (Bertam), Muhamad Yusoff Mohd. Noor (Sungai Dua), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain (Teluk Bahang) turut menyertai majlis tersebut.

Majlis itu dikenalikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon dan Pengarah Projek TMP daripada Konsortium SRS selaku rakan pelaksana projek (PDP), Szeto Wai Long.

Terdahulu, Kerajaan P.Pinang, rakyat kuasai kepentingan LRT selepas siap, bukan swasta, respons Kon Yeow.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus